Polis mengesahkan laporan awal bedah siasat ke atas mayat pegawai kastam, Ahmad Sarbani Mohammed, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Rabu lalu, mendapati sebahagian kecederaan dialami mangsa wujud kesan konsisten akibat jatuh bangunan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata pihaknya bagaimanapun masih menunggu laporan ujian makmal bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian selain mengesahkan keputusan penuh bedah siasat.
Bercakap kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur di sini sebentar tadi, beliau berkata setakat ini polis sudah merakamkan percakapan enam pegawai SPRM Wilayah Persekutuan bagi membantu penyiasatan.
Berita Harian
Jumaat, 8 April 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
curiga sgt cari kematian dia.. dh la b4 tu heboh isu rasuah...
Catat Ulasan