Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Ahad, 3 April 2011

Pemilik Cicak Tokek Perlu Miliki Lesen

Siapa sini yang ada membela Cicak tokek atau nama saintifiknya gecko angkat tangan! Wah, ramai juga yang bela cicak tokek rupanya. Ha, ni Belalang nak kasitau mulai 27 Jun ni sesiapa yang memiliki cicak tokek perlu memiliki lesen.

Korang baca sendiri petikan berita di bawah ni-

---------------------------------


Orang ramai yang memiliki cicak tokek perlu memohon lesen daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sebelum 27 Jun ini bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil.


Menurut Jabatan Perhilitan berkata, cicak tokek merupakan hidupan liar yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang telah berkuat kuasa pada 28 Disember lepas.


"Tempoh peralihan selama enam bulan dari tarikh permulaan berkuat kuasa akta itu akan tamat pada hujung Jun ini. Pemilik reptilia tersebut perlu memohon lesen di Jabatan Perhilitan negeri masing-masing.


"Tindakan undang-undang yang boleh diambil adalah denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua sekali," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


bacaan penuh di sini.

---------------------------------

Jadi tunggu apa lagi? pegi la apply lesen cepat. Kang kena denda RM50, 000 baru nak nangis. Sekarang Belalang tanya sekali lagi, sape ada bela cicak tokek angkat tangan!!!

Aik? Sape pun dah tak berani angkat tangan? Hahaha

1 comments:

Ayie berkata... Reply To This Comment

baru ingat nak culik anak tokek.. patu bela sampai besa.. then jual.. so, terpaksa la kensel.. hahahaha

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com