Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Selasa, 5 April 2011

Video Seks Pembangkang: Polis Keluarkan Kenyataan Esok

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengeluarkan kenyataan esok berhubung penyebaran video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang yang kini tersebar di Internet.


Menurut jurucakap Pusat Media PDRM Bukit Aman, sebarang kenyataan dan sidang akhbar mengenai penyebaran video seks itu akan dimaklumkan kepada media. Klip video hitam putih seminit itu disiarkan di beberapa laman web anti pembangkang dan YouTube sejak tengah hari tadi. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan. Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara. Misteri Datuk T yang bermaksud "Trio" itu terjawab pada satu sidang akhbar di sebuah hotel pada 23 Mac lalu apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim mengaku terlibat dalam penayangan video berkenaan.




- BERNAMA 

----------------------------------------

Kepada yang tengah Google nak melihat video tu, Belalang difahamkan yang video berkenaan telah di delete daripada laman Youtube.


1 comments:

cacing berkata... Reply To This Comment

cacing dah tengok dah video tu.. gambar suspek yang dikatakan tu agak kabur, cuma muka ada raut2 anwar. tapi tak clear sgt.. jadi takleh la main tuduh je melainkan cari balik gadis tu...

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com