Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Selasa, 30 Mac 2010

PERNAHKAH KAU MERASA???

hari nie genap setahun usia puteri bongsu Belalang. Kejap je rase masa berjalan. Pejam celik pejam celik dah setahun Belalang ade anak (perasan muda...hee). Cadangnye nak buat kenduri sikit untuk anak Belalang. Tapi atas sebab-sebab yang tak leh nak elak, Belalang tunda la dulu. Nanti-nanti lewat sikit Belalang dengan wife buat untuk dia.

Baru-baru nih life Belalang agak tensen sebab banyak terkena masalah birokrasi. Sebut birokrasi tentu la korang semua dah tau kan dekat mana kita selalu berjumpa dengan masalah begini.

Malas le nak pikir sangat. Buat sakit otak jer. Dah la lenguh kaki naik turun tangga ngadap diorang. Sesuka hati dia jer jap nak ini jap nak itu. adeGeget tengkuk baru dia tau...

Dari pikir muka mamat yang menyebabkan hangin satu badan Belalang naik, baik Belalang blogwalking jap. Melawat blog lain. Kurang-kurang leh gak ilang tensen nih baca entry orang lain.

Khamis, 25 Mac 2010

TRIBUTE TO HEROES-Bhg3

Untuk post kali ini Belalang nak bawak korang kenal dengan Radhi OAG pulak. Ala, sure satu malaya kenal dengan dia. Tak yah story panjang-panjang pun korang dah kenal. Tapi mau tak mau dan tak dapat di nafikan Radhi adalah antara individu terawal yang memperjuangkan muzik bawah tanah. Sezaman dengan Nice Stupid Playground, Sub-Culture hape sume.

Radhi mula dikenali dengan lagu "Slumber" dari album Radhi 'O' Friendly. Memang menjadi experimen Radhi menerbitkan lagu berbahasa melayu. Sampai kini orang kenal dia.

Tapi mungkin ada yang tidak tahu atau yang tahu tapi dah lupa yang satu masa dulu, sewaktu masih underground, Radhi tidak di gemari oleh segolongan peminat scane ini. Radhi pernah di 'Boo', baling sampah ke arah bandnya ketika perform. Dan satu peristiwa yang Belalang paling ingat ialah pada satu gigs sekitar tahun 2000 kalau tak silap, OAG telah menjadi band terakhir yang perform dalam gigs tuh. Nak tau ape yang jadi apabila band Radhi bermain? crowd semua balik and tinggal 2,3 kerat jer lagi tunggu.

Perkara begitu memang tak patut berlaku. Tak pasti pulak mengapa organiser gigs tuh meletakkan Radhi perform di akhir gigs. mungkin nak menjatuhkan maruah Radhi atau mungkin dia memang tak tahu yang OAG bukan band favourite penonton. Atau mungkin juga sebab lain. Faktor gigs abis lambat and crowd takut takde dah pengankutan awam yang diorang boleh naik. Boleh jadi kan?




Pun begitu Radhi tak pernah patah semangat. Dia sangat gigih membangunkan band OAG walaupun sering bertukar line-up. Dan hasilnya kini nama Radhi dan band OAG dah jadi sebutan orang. Crowd yang tak suka dia dulu pun dalam diam-diam dah suka dia...hee...

Semangat seperti Radhi memang perlu ada pada band-band lain. Lagi-lagi bebudak baru. Memang kene strong kalau nak servive. Jadi happy-happy la selalu seperti juga radhi yang terlalu happy sampai ade masa jadi terlalu happy. Lantak dia la. Janji dia happy (banyak nyer perkataan happy) dengan life dia.

Isnin, 22 Mac 2010

SIFAT 20 ALLAH SWT DIREKA OLEH GREEK DAN YUNANI? BIAR BETUL...

Sebelum anda-anda semua marah kepada Belalang sebab letak entry nih, Belalang nak jelaskan yang bukan Belalang yang bangkitkan tajuk nih. Tetapi seorang penulis blog yang post entry nih. Klik sini untuk baca.

Bukan taraf Belalang untuk cakap hal berkaitan agama. Belalang sedar dan tahu tahap pengetahuan Belalang mengenai agama yang kita cintai sampai mana. Tetapi Belalang tidak la terlalu jahil.

Cuma kadang-kadang kita perlu mengkaji dengan tekun hasil sesuatu perkara yang kita perolehi samada benar atau rekaan pihak tertentu. Lagi-lagi yang berkaitan agama Islam. Jangan main ikut membabi-buta jer.

Berbalik mengenai tajuk Belalang di atas (tajuk tue pun copy dari blog tuh), kita boleh suarakan pendapat kita tetapi hati-hati kerana setiap pendapat kita ada yang membaca dan mungkin menjadikan panduan hidup si pembaca. Apa lagi jika kenyataan itu keluar dari mulut seorang tok guru. Lagi ler orang akan terima bulat-bulat jer.

Apa-apa pun Tuhan dah kasi otak kat kita, so pikir la sendiri yang mana baik dan buruk. Tak nak cakap panjang-panjang lagi. Takut lain pulak jadinya....

Daa...
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com