Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Ahad, 16 Mei 2010

Peribahasa Cinta Yang jarang Didengar

Gambar yang tiada kaitan dengan entry

Sape di sini yang sedang asyik bercinta angkat tangan? Huh? Ramai rupenye yang sedang bercinta nih. Belalang nak kongsi dengan korang beberapa peribahasa dalam bercinta yang Belalang confirm korang tak pernah dengar. Belalang sendiri pun macam tak caye je ade peribahasa yang macam nih. Tapi itu la yang dikata bahasa melayu nih penuh dengan seninya...

-Bayang-bayang disangka tubuh (Dipermiankan perempuan, mengharapkan yang tidak pasti).


-Usahlah aku tak endah, ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang (Pura-pura kasih).


-Hidung dicium, pipi digigit (Cinta palsu).


-Mabuk dienggang lalu (Orang tak sudi, kita yang hendak).


-Mengadu air dengan garam (Cinta yang sia-sia).


-Merak kayangan (Wanita cantik yang diidamkan tapi tidak mungkin dapat miliki).


-Putih mata kerana memandang (Hiba kerana rindu).


-Bagai menjaga permata intan ketika dicanai (Kasih sayang yang tiada bandingnya).


-Kasih sepantun tulisan pinggan (Kasih yang abadi).


-Badan dapat dimiliki, hati takkan dapat dimiliki (Kasih sayang tidak boleh dipaksa).

-----------------------------------------------------

**Keje umah tuk korang. Pas nih kalau hangin kat boyfriend/girlfriend, boleh la try-try apply beribahasa nih dalam rajuk korang. Sure ternganga sebesar-besar alam mulut boyfriend/girlfriend korang... Huhuhu

Gelak Santai Di Hari Minggu



Apa rancangan korang hari-hari minggu macam nih? Bangun tido lewat? tengok tv jer? Blogwalking (bagi kaki blog macam Belalang)? Ape-apepun hari minggu adalah hari untuk merehatkan badan setelah penat bekerja dari terbit matahari sampai le terbenam matahari. Jom kita santai kejap dengan citer-citer pendek nih...

Seorang petani bingung memikirkan ternakan ayamnya yang setiap hari lima enam ekor mati dilanggar kereta. Dia menghubungi balai polis terdekat meminta dipasang papan tanda.


Beberapa hari kemudian terpampanglah papan tanda yang berbunyi: PERLAHAN - TERNAKAN MELINTAS.


Tiga hari kemudian petani itu menghubungi ketua balai, papan tanda itu tidak berkesan. "Masih banyak ayam saya mati, pemandu tetap memandu laju", katanya sambil meminta kebenaran memasang papan tanda sendiri. Ketua balai setuju.


Sejak itu petani tersebut tidak lagi membuat aduan. Ketua balai berfikir, apakah papan tanda yang ditulis sehingga pemandu di kawsan itu mengbah haluan. "Mungkin boleh diguna pakai di mana-mana", bisiknya.


Terkejut ketua balai ketika meninjau kawasan itu apabila dia ternampak papan tanda bertulis: PERLAHAN - KAWASAN ORANG BERBOGEL.


-------------------------------------------------------------


Suatu Hari seorang lelaki terjumpa bom dalam sebuah kotak. Diambilnya bom tersebut dan membaca arahan yang ditulis pada sekeping kertas...


1. Pastikan anda pegang bom ini dengan menggunakan sebelah tangan.
"Ya, aku pegang dengan tangan kiri", kata lelaki tersebut.


2. Genggam pin di celah jari telunjuk dan hantu menggunakan tangan yang sebelah lagi.
"okey", kata lelaki tersebut.


3. Tarik pin dengan berhati-hati.
"Sudah", kata lelaki tersebut lalu menarik pin.


4. Buang pin itu melepasi bahu kiri anda.
"Okey".


5. Bengkokkan lengan dan dapatkan posisi yang sesuai untuk membaling bom ini.
"Okey".


6. AMARAN: Lakukan semua ini dalam masa lima sa...


BBOOOOMMM!!!!


--------------------------------------------------------


Seorang wanita terjatuh dari tingkat 80 sebuah hotel. Dia menjerit sekuat-kuat hati. Ketika tubuh wanita itu sampai di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris yang terdengar jeritan tadi, menyambut di balkoni.


Wanita : Terima kasih sebab selamatkan saya...
Lelaki Inggeris : Sama-sama, tapi awak kena balas budi saya...
Wanita : Bagaimana?
Lelaki Inggeris : Tidur dengan saya...
Wanita : Tak guna, engkau ingat aku apa?! Tidak!!


Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu yang terus menjerit sekali lagi. Di tingkat 50, seorang lelaki Perancis berjaya menyambut wanita tersebut.


Wanita: Terima kasih, anda dah selamatkan saya...
Lelaki Perancis: Sama-sama, tapi anda harus membalas budi...
Wanita: Bagaimana?
Lelaki Perancis: Tidur dengan saya...
Wanita: Kurang ajar, kamu ingat saya ni wanita bagaimana! Aku tak mau!
Lelaki Perancis: Kalau begitu tak guna aku selamatkan kamu...


Lelaki Perancis melepaskan semula wanita itu. Dari tingkat 50, 40 dan 30, tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu. Dia mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, wanita itu tidak kisah lagi jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab telah berjaya menyambut wanita itu. Belum sempat lelaki Arab ibersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata...


Wanita: Terima kasih, awak telah menolong saya. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan awak.


Lelaki Arab: Astaghfirullah hal azim (lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut).


-----------------------------------------------------------


Bapa pengantin: Kamu nak bawa isteri kamu tinggal mana lepas kahwin?


Bakal menantu: Saya akan ikut kehendak anak pak ciklah.


Bapa pengantin: Majlis bagaimana kamu kehendaki bagi meraikan hari perkahwinan tu nanti?


Bakal menantu: Saya ikutkan saja kehendak isteri pak cik.


Bapa pengantin: Bagaimana kamu hendak menanggung isteri dan keluarga kamu nanti?


Bakal menantu: Yang ini saya serahkan pada pak ciklah!!!


Bapa pengantin: Hampeh...


---------------------------------------------------------------

**Selamat berhujung minggu semua!...

Sabtu, 15 Mei 2010

Tips Hadiah Paling Bermakna...



Hadiah yang korang tak payah kuarkan modal pun. Kalau ade pun takde la sampai rabak ratus-ratus macam kasi jam Rolex atau beg tangan jenama Gucci. Hadiah nih boleh kasi hari-hari...

MENDENGAR: dengar dengan betul-betul ape yang sedang dibicarakan oleh orang di depan anda. Jangan menyampuk, jangan berangan, jangan rancang reaksi anda. Just dengar ape yang tuturkan elok-elok.


KASIH SAYANG: Jangan lokek dengan pelukan, ciuman, usap belakang dan menjabat tangan. Biarkan perlakuan yang nampak kecil ini berbicara tentang kasih anda kepada keluarga dan sahabat handai.


GELAK KETAWA: Sisipkan keratan kartun, kongsi artikel, teka-teki, dan cerita-cerita lucu dengan orang-orang yang hampir dengan anda. Ia cukup untuk membawa maksud 'saya ingin sekali ketawa bersama awak'.


SEKEPING NOTA: Boleh dilakukan dengan cara yang paling mudah, seperti 'terima kasih atas pertolongan anda tadi' atau serangkap puisi. Nota yang ringkas dan bertulis tangan akan diingati sepanjang hayat, malah boleh merubah hidup si penerima.


PUJIAN: Kata-kata yang jujur dan ringkas, misalnya 'awak nampak cantiklah dengan pakaian ni', 'tahniah, awak telah lakukan kerja dengan baik', atau 'makanan yang awak masak tadi sedap betullah' akan membuat orang lain gembira.


KEMESRAAN: Lakukan kebaikkan setiap hari (macam Belalang lakukan), ia akan diingati sepanjang masa.


MENGAMBIL BERAT: Pertanyaan seperti 'bagaimana awak hari ni?' atau 'saya doakan awak sepat sembuh', akan membuat orang lain rasa dihargai. Ada masanya kita inign bersendirian, begitu juga dengan orang lain. Kalau mereka ingin bersendirian, jangan ganggu.


KECERIAAN: Bukannya susah untuk berkata 'Hai', 'Helo', 'Apa khabar', 'Wah! Cantinya awak hari ni' atau 'Terima Kasih'. Betul tak? Ucapkannya dengan jujur dan ceria

--------------------------------------------------------------

**Apa tunggu lagi? Cepat ucap terima kasih kepada Belalang sebab dah kasi tips nih kat korang. Paksaan nih... Hee...
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com