Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Sabtu, 23 April 2011

Keputusan Sabah vs Selangor 23 April 2011 | Live Update Sabah vs Selangor 23 April 2011

Dalam misi untuk terus kekal sebagai pendahulu liga, Selangor dilihat akan cuba mencari mata penuh malam ini apabila bertemu Sabah pada malam ini. Melihat kepada kemampuan Selangor, rasanya mereka tiada masalah untuk mencipta kemenangan pada malam ini.

Apa-apapun Selangor tidak boleh begitu berasa selesa atau memandang rendah pada lawan mereka kerana Sabah juga dilihat mampu mencipta kejutan kerana memiliki kelebihan beraksi di tempat sendiri.

Keputusan perlawanan akan terus di update apabila terdapat jaringan-jaringan yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Refresh page ini seberapa kerap yang boleh untuk melihat kedudukan semasa.


Sabah 1 - 2 Selangor
(tamat perlawanan)


Keputusan Liga Super 23 April 2011

Saingan liga super 2011 akan diteruskan lagi malam ini membabitkan pertemuan diantara Sabah  menentang Selangor, Terengganu bertemu Perak, Johor menentang T-Team, Kedah menentang Harimau Muda A dan Negeri Sembilan menentang Pahang.

Kesemua keputusan perlawanan akan dibawa secara live update. Sila refresh page ini seberapa kerap yang boleh untuk melihat keputusan terkini.


Sabah 1 - 2 Selangor
(tamat perlawanan)

Terengganu 3 - 0 Perak
(tamat perlawanan)

Johor FC 2 - 1 T-Team
(tamat perlawanan)

Kedah 1 - 2 Harimau Muda A
(tamat perlawanan)

N. sembilan 3 - 1 Pahang
(tamat perlawanan)


Jumaat, 22 April 2011

Maharaja Lawak Minggu Ke-4: Man, Jihan Atau Amir Yang Tersingkir?

0Maharaja Lawak diteruskan lagi minggu ini setelah minggu sudah kita dapat melihat 3 peserta terpaksa meningalkan gelanggang Maharaja Lawak akibat undian yang tak memihak kepada mereka.

Terkini undian yang kita ketahui Amir berada pada kedudukan terakhir diikuti Jihan dan juga Man. Sementara undian paling tinggi menjadi milik Johan, Nabil dan Sepah.

Antara tiga peserta yang berada di bawah tu, agak-aak korang siapakah yang akan meninggalkan gelanggang pada malam ini? Lumrah dalam setiap rancangan realiti TV, jarang sekali peserta yang pada mulanya diumumkan berada paling bawah akan terkeluar. Adakah Jihan atau Man yang terpaksa pergi?

Keputusan akan Belalang tulis di sini sebaik sahaja pihak juri mengumumkan nama peserta yang terkeluar. Jadi kepada sesiapa yang tak dapat menonton Maharaja Lawak, jangan lupa untuk kembali ke blog ini untuk melihat peserta mana yang tersingkir.

--------------------------------------------

Tiga peserta dipanggil menaiki pentas kerana memiliki undian terendah. Mereka adalah Jihan, Man dan Alex. Dan peserta yang terpaksa meninggalkan pentas Maharaja Lawak ialah.....
-

-

ALEX

-

-


 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com