Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Khamis, 10 September 2009

Indonesia akan lindungi warga Malaysia di republik itu

* Sumber petikan dari Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Kerajaan Indonesia telah memberi jaminan bahawa keselamatan rakyat Malaysia di republik itu dilindungi.

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman dalam kenyataannya di sini berkata, jaminan itu disampaikan oleh Duta Besar Indonesia di Malaysia, Tan Sri Da'i Bachtiar yang dipanggil ke Wisma Putra hari ini.

Menurutnya, Kerajaan Indonesia telah diminta mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia di republik itu serta pada masa yang sama membendung tindakan agresif kumpulan ekstremis.

"Duta Besar Indonesia telah dipanggil hari ini untuk kita sampaikan pendirian Malaysia dalam isu konflik ini selepas mendapati ia menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara.

"Da'i telah menghubungi Menteri Luar Indonesia dan Ketua Polis Indonesia yang kemudian memberi jaminan akan melindungi keselamatan rakyat Malaysia di Indonesia," katanya.

Setakat ini, menurut beliau, tidak ada rakyat Malaysia dilaporkan cedera atau terbunuh di Indonesia.

Kedutaan Malaysia di Indonesia akan terus memantau keadaan di Jakarta dan mengeluarkan laporan yang berkaitan mengenainya.

Pada masa yang sama, Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Jakarta turut membuka bilik operasi untuk menerima sebarang laporan berkaitan situasi rakyat Malaysia di Indonesia.

Bilik operasi Wisma Putra di Putrajaya boleh dihubungi melalui talian 03-88892746 atau 03-88874750 manakala bilik operasi di Jakarta di talian +6221-5224947 atau +6221-5224971.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut memberi jaminan bahawa keselamatan rakyat Indonesia di negara ini terjamin meskipun berlaku provokasi di republik itu.

"Walau apa jua keadaan dan provokasi yang sedang berlaku di Indonesia, saya selaku Menteri Dalam Negeri memberi jaminan bahawa keselamatan rakyat Indonesia yang berada di sini terjamin," ujarnya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia.

Semalam, sekumpulan penunjuk perasaan bersenjatakan buluh runcing menahan kenderaan-kenderaan yang melalui Jalan Diponegoro di Jakarta dalam gerakan yang dipanggil 'Sapu Malaysia' bagi mencari dan mengusir rakyat Malaysia.

Kumpulan berkenaan yang mengikat bendera Indonesia di kepala bertindak menahan semua kenderaan dan meminta pemandu dan penumpang menyerahkan kad pengenalan masing- masing.


* Orang memberi kita merasa,

Orang berbudi kita berbahasa,


Syabas kepada rakyat Indonesia kerana bersifat terburu-buru dan pentingkan diri sendiri. Sehingga sanggup bakar bendera negara yang kita sanjungi Malaysia. Tidak menghormati perasaan jiran anda...

Biadap

0 comments:

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com