Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Rabu, 26 Mei 2010

Multi Level Marketing: Apa Pendapat Anda?





Pernah tak anda terkena situasi begini:


1) kawan yang dah lama tak contact anda, tiba-tiba je call beriya-iya ajak jumpa or ikut dia ke suatu tempat?
2) Ajak Anda menemani dia ke suatu tempat yang bila anda tanya mana tempat itu, kawan anda jawab rahsia atau ikut jela.
3) Kawan anda nak perkenalkan seseorang yang katanya mampu merubah hidup anda.
4) Atau anda jumpa seseorang yang anda baru kenal, begitu ramah dengan anda. Di akhir perbualan kawan baru anda itu mula bercerita mengenai suatu bisnes konon untung giler...


Belalang yakin kebanyakkan dari anda pernah mengalami situasi di atas. Belalang nak citer suatu benda pada korang semua. Belalang bukan nak sentuh pasal kebaikkan or keburukkan sistem multi level marketing atau MLM. Tapi Belalang nak story pasal sikap buruk beberapa orang yang menyertai skim MLM atau yang sewaktu dengannya.


Baru-baru nih sepupu Mrs.Belalang call (sebelum nih tak pernah call pun) dan tanya free tak pada sekian-sekian hari bulan? Kebetulan hari yang sepupu Mrs.belalang tanya tuh kami tak free pasal ade keje sket. So Mrs.Belalang pun cakap la tak free dan tanya kenapa? Pas tuh terus sepupu Mrs. macam tak leh terima yang kami tak free aritu. Dia siap cakap penting sangat aritu. Kena gak ikut dia. Batalkan semua rancangan yang ade. Siap soh Belalang amik cuti lagi!


Bila tanya pehal? dia cakap adela, nak ajak join satu bisnes. Arini masuk RM150, 3 hari lagi klu dapat cari orang terus dapat Rm2000!!! Disebabkan Belalang sendiri pun dah banyak sertai MLM dan macam-macam bisnes lagi (ade setengahnya sampai arini belum balik modal), Mrs. Belalang pun terus terang jela kata tak berminat.






Ingat ke bila cakap macam tuh kira settle citer. Rupanya tidak! Sepupu Mrs. tuh terus gak paksa and nak jumpa jugak story kat kami pasal bisnes nih. Adoiya, orang dah tak minat sudah-sudah la. Nanti bila kita kondem pasal bisnes dia buat tuh, mula la nak melenting. Cakap rugi tak nak ubah nasib la, orang nak kasi duit tak nak, Berlagak kaya  dan bla bla bla lagi.


Seharusnya sebagai orang yang bijak, korang dah terangkan produk korang kat customer. Berminat atau tidak itu hak customer korang. Jangan sesekali memaksa supaya orang lain minat ape yang dia tak minat.


Entry panjang lebar nih Belalang tujukan kepada mereka yang buat MLM. Gunakan la etika yang betul time nak jual produk korang. Macam Belalang cakap tadi, jangan memaksa orang untuk minat benda yang dia tak minat. Sikap korang sebenarnya boleh rosakkan sesuatu produk yang bagus. Belalang pikir kalau sepupu Mrs. Belalang tuh tak memaksa, sure Belalang akan cari jugak time untuk jumpa and dengar je ape dia nak citer pasal produk dia. walaupun tak berminat, sekurang-kurangnya Belalang akan kasi dia puas hati untuk citerkan pasal bisnes dia tuh.


Tapi bila dia start memaksa-maksa, terus Belalang jadi meluat. Tak jumpa terus pun takpe. Dah cakap tak berminat pun still tak paham-paham. Korang pun ade jugak ke jumpa orang macam nih?

14 comments:

mancai berkata... Reply To This Comment

salam singgah... MLM ni banyak cabang dan konsep... bukan cara piramid sahaja... cuma pembawaan yang tukang bawak tu lain2... saya pun tak berkenan dengan cara yang diceritakan seperti kat atas tu... kalau boleh buatlah cara lain kan... yang boleh interek org dgn lebih baik dan profesional...

Syafrizal berkata... Reply To This Comment

MLM yang mempunyai penasihat Syariah lebih bagus. Eloklah mereka yang alim dalam kewangan dan perniagaan Islam pantau perniagaan MLM tersebut.

Tidak perlu memaksa untuk masuk MLM. Macam saya tak suka paksa orang untuk masuk HPA. Kerana kami dididik bahawa hanya Allah sahaja beri hidayah untuk bersama HPA. Hanya Pada Allah. Saya pernah bercerita dengan kawan saya bab halal dan haram makanan dan betapa pentingnya kita perlu menjaganya. Nak tau berapa lama saya bercerita dengan dia? 3 bulan. Lama betul tapi kasihan hidayah dia tidak terbuka.

Nak buat macam mana. Saya sabar dan saya doakan supaya dia untuk menerima perjuangan HPA ini. Saya tak nak paksa cuma saya nasihatkan pada dia. Jangan terpedaya dengan keduniaan semata-mata.

Ini pandangan saya la. Saya tak suka paksa orang sebenarnya. Memang cara saya begitu.

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

Ya...itu la maksud belalang...kadang2 konsep MLM tue x slh.tp cara mereka2 yang sertai biz itu nak tarik perhatian org membuat org myampah...

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

heee..jalan tengahari sementera intenet x bengong..uhuhu

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

heee..jalan tengahari sementera intenet x bengong..uhuhu

qellissa berkata... Reply To This Comment

saya pernah terkena..kekonon nak ajak g mkn..alih2 bwk g dgr ceramah MLM...bengang je..klu nak ajak join bisnes ke apa, ckplah trus trang..xde lah kita hangin satu badan..kena tipu cenggitu

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

oOo...koty tak tahu-menahu pasal nih hihi..
tapi bertambah dh ilmu huhu

rizputra7 berkata... Reply To This Comment

bagi aku..aku tak minat buat bisnes cara MLM sebab konsep MLM tak sesuai ngan jiwa aku..lebih baik aku buat bisnes cara aku..biar ler apa orang nak kata pon...

NiZaM Limited berkata... Reply To This Comment

kawan camni mmg sangat menyakitkan hati. dah lame tak jmpe..tibe2 kol suruh kumpulkan kawan lain2 skali.dia open table. pastu bila dtg siap la ngn kawan dia lagi sorg. upline dia la tu. pastu ceramah MLM yg bosan pon bermula..
cara ni bkn nak tolong kawan, tp knianati kepercayaan kawan. pasni usah harap nak terima pelawaan dia nak kemane2 lagi..

din3187.com berkata... Reply To This Comment

pernah jugak terkena dengan kawan..katanya nak ajak makan, ok fine..lepas makan tu ada pulak 1 group datang kat kita orang..apa lagi, buka citer bisnes la.. siap paksa lagi suruh join...adeiyh...

NurSya berkata... Reply To This Comment

ade3..xphm bhase mlayu..ckap bhase jawe krg xpham..!!! huk3

p/s --> jgn terpengaruh!!! kihkih

Azah Rahaman berkata... Reply To This Comment

<---- tak penah tau plak ;p

2R berkata... Reply To This Comment

ye la belalng..tora pn penah d paksa tension la kena sindir n da unsur bebaur merendahkn tora la..kononya peluang da tp x nk ye la kan klo da x minat nk wat cne x kan nk paksa diri masuk gak kot last3 die yg untung tora gak x kemana huhu..

nuriz berkata... Reply To This Comment

oo kawan carik kita masa nak sesuatu le ni. kawan makan kawan pun ada. udang di balik mee :)

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com