MELAKA: Dua pelajar iaitu ibu bayi dan teman lelakinya, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyembunyikan kelahiran dan mengebumikan mayat seorang bayi lelaki di tepi sungai di Taman Melaka Baru, Batu Berendam Rabu lalu.
Ibu bayi itu, seorang pelajar berusia 15 tahun, dari Durian Tunggal, Alor Gajah dan teman lelakinya, Muhammad Safiuddin Mohd Zahari, 19, dari Taman Melaka Baru, di sini dituduh bersama-sama melakukannya di antara jam 12 tengah hari hingga 12.30 tengah hari pada 12 Mei lalu.
Kedua-dua tertuduh yang bertubuh kecil didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama iaitu jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.Pelajar perempuan itu yang kelihatan menggigil di mahkamah, memakai dua lapis kemeja-T dan menutup mukanya dengan sehelai tuala manakala pelajar lelaki pula memakai kemeja-T berwarna cerah dan berseluar gelap.
Muhammad Safiuddin berada dalam kandang tertuduh manakala pelajar perempuan itu berada di luar kandang sewaktu jurubahasa membaca pertuduhan di hadapan Majistret Muhamad Faizal Ismail.
Kedua-duanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.
berita penuh di Berita Harian Online
--------------------------------------------------------------------------------------------
**Letih dah dengar kes-kes macam nih... Sudah-sudahlah awahai remaja sekalian...
Selasa, 18 Mei 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 comments:
Hm..budak skolah tu. dah pandai buat camni. ni mesti tmn lelaki dia ajar ni. kat blog saye plak psl seks ustazah. ape nak jadi la dunia skrg ni.
kalo sebab2 berlaku masalah sosial saye ade tulis kat sini:
http://nizamlimited.frenzyfm.my/masalah-sosial.html
umur masih muda..harap2 nanti diaorang bertaubat dan balik ke pangkal jalan
semakin moden hidup kita, semakin tinggi prob ni kan...
salah siapa???
tora br je pas bace paper sal kes ni..tekejut tu smpai brani membunuh tu..advance gler la 2 ekor ni..hai..sian bby x dosa tu..arap pasni drg bertaubat n kembali kepangkal jln le
ape ke ..xhvuhbfgjhbg.. nye bebudak zaman ni...
nak kata takde pendidikan, tapi belajar... dah buat dosa masih nak tambah dosa lagi...
http://cicaktonjeng.blogspot.com
Peliharalah apa yang ada itu sebaik baiknya
kanak2 sekarang dh semakin berani...hmmm...
DUNIA kita dh semakin PELIK..hmm
sebab apa jadi macam nie?....mungkin zaman dah terlampau maju kot...
Catat Ulasan