Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Sabtu, 26 Jun 2010

Amukkan Peminat Brazil Dan Portugal

Bahang pusingan kedua piala dunia kian terasa apabila pagi tadi perlawanan kumpulan H membabitkan Sepanyol bertemu Chile dan Switzerland bertemu Honduras menjadi perlawanan penutup untuk peringkat kumpulan.

Belalang bukan mahu tulis ulasan mengenai perlawanan Sepanyol ke hape. Tapi Belalang nak cerita sket suasana keadaan kawasan tempat tinggal Belalang apabila pertemuan antara Brazil dan Portugal berlangsung. Sepanjang piala dunia berlangsung, Belalang memang lebih gemar mengikuti mana-mana perlawanan yang Belalang rasa menarik di kedai makan atau restoran.


Tapi semalam, hampir kesemua kedai makan penuh dengan peminat kedua-dua negara ini memenuhi kedai-kedai makan sekitar sini. Baik kedai restoran nasi kandar atau tomyam sekali pun, abis dipenuhi dengan kaki bola. Dari kedai yang meletakkan sebesar-besar skrin seperti Nasi Kandar Nasmir (baru-baru nih masuk tv3 kerana mempunyai skrin terbesar di Malaysia) hingga ke kedai yang memiliki tv 21 inci sahaja.

Pendek kata suasana terasa seperti perlawanan pentas final pulak. Memang Belalang respect la dengan dua-dua team nih sebab mampu buat orang addict mereka hingga begitu.

Belalang dapat rasakan pusingan kedua yang bakal berlangsung malam ini, akan menyebabkan kedai-kedai makan di sini full house hingga la ke perlawanan final 12 julai ini.

4 comments:

nuriz berkata... Reply To This Comment

belalang pi kedai mamak gak ke tgk bola hhehe

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

lepak kedai mamak tgk bola rase mcm dok stadium...
huhuhu

Kasih Suci - Mama Damia berkata... Reply To This Comment

kedai mamak asyik penuh je sejak2 akhir ini...kami kaum perempuan nk pigi mamak pon dah naik segan..huhuhu

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

aik?
belalang igt ke entry nih akan di komen oleh kaum2 adam...
rupanya kaum hawa yang drop komen d entry nih...

huhuhu...

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com