Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Sabtu, 19 Jun 2010

Gelak Santai Di Hari Minggu: Kahwin, DNA & Hayat

Apabila Mat bertemu Zura dia terus memakai ketayap, Mat tahu ayah Zura alim orangnya. Bukan sebarang orang boleh menjadi menantunya. Mujurlah Mat pandai berlakon.


Apabila Melihat ketayap atas kepala Mat tak pernah lekang, Haji Din setuju nikahkan anaknya dengan si Mat. Selesai lafaz, sahlah akad nikah.


Malam pertama Mat dan Zura lambat tidur. Banyak benda nak dikemas. Akhirnya semua tertidur setelah pukul 2.00 pagi. Esoknya Haji din kejutkan seluruh ahli keluarga solat subuh berjemaah. Mat terlambat bangun. Haji Din suruh Mat solat seorang diri.


Mat pun iqamat dan tunaikan solat subuh. Selesai beri salam, Haji Din tanya Mat: "Hai Mat, Kenapa Solat Subuh tiga rakaat?"


Lantas Mat jawab: "Eh.. iya ke tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi ayah."


"Masya-Allah!" Haji Din mengucap panjang.


-------------------------------------------------------------------------


Seorang doktor gigi hendak mencabut gigi geraham seorang wanita tua. Tiba-tiba wanita itu menggenggam kerandut telur doktor gigi itu dan berkata: "Kalau doktor buat sampai saya rasa sakit, siap!"...


-------------------------------------------------------------------------


Ah San ditahan polis atas tuduhan membunuh. Beberapa hari sebelum didakwa di makhamah, peguam iaitu Gunalan, datang bertemunya. Kata Gunalan, "Encik Ah San, saya ada satu berita buruk dan satu lagi berita gembira untuk Encik Ah San.


"Berita buruk, kita baru saja terima ujian kimia dan diapati sampel DNA Encik Ah San sama dengan DNA yang terdapat pada baju dan seluar mangsa"


Ah San tepuk dahi. "Alamak, matilah aku. Berita baiknya?"


"Paras gula dalam darah Encik Ah San dah turun, dari 15 kepada 5." Jawab Gunalan.


-----------------------------------------------------------------------


Suatu hari di sebuah hospital
Doktor: Penyakit encik ni dah kritikal, saya rasa hayat encik dah tak panjang...
Pesakit:Betul ke doktor? Tapi berapa lama lagi?
Doktor: Sepuluh...
Pesakit: Sepuluh? Sepuluh bulan? Sepuluh minggu? Atau Sepuluh hari?
Doktor: Sepuluh... Sembilan... Lapan... Tujuh... Enam...

**Semua citer tuh adalah rekaan semata-mata... Takde kena mengena dengan yang idup atau mati...

8 comments:

miss ice berkata... Reply To This Comment

haha..ape la dr tu..buat org neves jek..haha :P

Kie-yu berkata... Reply To This Comment

harharhar!
penat gelak weh
maseh sbb wat aku gelak ptg2 ni ;)

NiZaM Limited berkata... Reply To This Comment

wakaka...lawak2 sumenye..tak tahan den ketawa sorg2 depan lptop ni. ahaks..
thanks for sharing yek belalang..kalo ade lagi share la lagi. hehe..

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

lawak2...

Haffiz Al-Banna berkata... Reply To This Comment

haha,..
lawak2..
*thumbs up*

Kech Hidayah berkata... Reply To This Comment

hahahahahah...tumpang ketawa kat sini ye belalang..

lakov berkata... Reply To This Comment

hahhahaha..adeh tersengih hamba sorang cm kerang busuk didalm bilik ni...

Fia Abas berkata... Reply To This Comment

hehehe lawak tul =)

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com