Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Selasa, 1 Jun 2010

Israel Akan Melakukan Serangan Besar-Besaran Ke Gaza?




TEHRAN: Presiden Mahmoud Ahmadinejad berkata Iran memiki maklumat tepat mengenai rancangan Israel melancarkan “serangan besar-besaran” terhadap Gaza selepas serangan maut terhadap konvoi kapal bantuan kemanusiaan semalam yang mengorbankan beberapa sukarelawan.
“Kami mempunyai maklumat tepat ia merancang serangan besar-besaran terhadap Gaza bagi membalas dendam terhadap kekalahan lalu.
“Saya memberi amaran bahawa jika kali ini anda melakukan jenayah terhadap terhadap Gaza, taufan kemarahan negara rantau akan mencabut anda,” kata Ahmadinejad dalam ucapan umum di bandaraya Ilam di barat Iran yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen negara itu.
Pemimpin yang tegas mengecam Israel itu juga mengutuk negara yang disifatkan beliau sebagai “menyokong rejim Zionis”.
“Kali ini jika anda menyokong jenayah rejim Zionis, kemarahan negara rantau ini tidak akan hanya terhad kepada sempadan Palestin tetapi akan mengheret anda dan rakan subahat ke muka pengadilan,” katanya sambil disambut sorakan hadirin.
Ahmadinejad juga mengecam Washington kerana mengambil “pendirian lemah” terhadap Israel berhubung serangan maut terhadap konvoi kapal misi kemanusiaan ke Gaza semalam.
“Kerajaan AS mengambil pendirian yang lemah dan berat sebelah,” katanya. – AFP
**Apa yang patut kita lakukan? Kalau la israel tu kecil-kecil umat je, mau Belalang cili-cilikan ke diorang nih...

7 comments:

Megat Azfar berkata... Reply To This Comment

Cayalah!! kasi nukelar sedas dua, lenyap Amerika, lenyap Israel.

Sayang PM Iran. PM Mesir, go dai!!

Keyyah berkata... Reply To This Comment

hanya doa yg mampu diberikan.. n boikot bersungguh-sungguh barang israel...huhu

nuriz berkata... Reply To This Comment

tak penah habis2 kes ni, sejak zaman dulu kala lagi..smpai bila tak tau le.berdoa je la kita yg jauh ni

APAN berkata... Reply To This Comment

erm...isu yg payah betol nak setel...
semoga ALLAH memberi bantuan...

baby_busyuk berkata... Reply To This Comment

kasik jer..baru enak sket..tapi debu2 akan beterbangan laa

baby_busyuk berkata... Reply To This Comment

kasik jer..baru enak sket..tapi debu2 akan beterbangan laa

NiZaM Limited berkata... Reply To This Comment

adehh..negara yg ade nuklear mereka jugak..kita mane ade..lagipon kalo nuklear israel, palestin pon efek jugak..korg lupe ke negara israel tu asalnye tanah palestine..israel lakhnat curik tanah pastu buat negara sendiri..tak malu ke israel?

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com