Bulan puasa seperti yang kita semua ketahui, syaitan-syaitan yang berkeliaran di dunia ini akan balik ke neraka untuk diseksa. Maka yang tinggal kini hanyalah kita manusia dan nafsu. Tujuan kita berpuasa adalah untuk mengawal nafsu diri kita di mana pernah diriwayatkan Allah pernah mengurung nafsu dalam neraka Jahim (100 tahun) dan neraka Juu' (100 tahun) kerana enggan menuruti perintah dan mengakui keesaan Allah. Akhirnya barulah nafsu mengaku yang dia adalah hamba dan Allah adalah penciptanya.
Bagaimana nafsu yang degil itu akhirnya taat dan patuh pada Allah? Jawapannya selama ia dikurung, nafsu tidak diberi makan. Maka disebabkan itulah kita perlu berpuasa supaya kita dapat mengawal nafsu dan bukan nafsu yang mengawal kita.
Berbalik kepada tajuk di atas. Ya, syaitan telah di kurung pada bulan puasa. Tetapi bisikkan yang ia lakukan pada bulan-bulan yang lain telah menyebabkan manusia masih melakukan kejahilan pada bulan ini walaupun tanpa godaan syaitan. Di tambah pula dengan diri kita yang telah dikuasai nafsu maka tetap jahillah kita walaupun dalam bulan yang mulia ini.
Akhir kata dari Belalang, lakukan ibadah puasa dengan sesempurna yang mungkin. Kita mesti sedaya upaya mengawal nafsu. Jangan biarkan nafsu yang mengawal kita. Jika kita mampu mengerjakan ibadah puasa selama sebulan ini sebaik mungkin Insyaallah, kita mampu untuk mengatasi nafsu kita pada masa-masa akan datang juga. Dan sekiranya berkemampuan, lakukan juga puasa pada bulan yang lain seminggu 2 kali.
Rabu, 18 Ogos 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 comments:
depends kat org tu jgk la kan..tp ng berpuasa ni leh kunci nafsu kan..hehe..
samat berpuasa ek belalang n family..^_^
nafsu tu depends pada orang la. tapi tau2 la. kalu dha posa, dalam minda pown penuh nafsu. sebab nak raya nnty nak mcm2. nafsu baju baru, nafsu kuih raya, nafsu kasut baru.
pendek kata nafsu suma nak baru la~
cabaran plg kuat mse bulan posa ni kan
tang posa 2 hari masa bukan bulan ramadhan tu ai loike ~!
pernah tengok hamba Allah tu beli juadah berbuka sampai beg plastik tergantung di setiap 10 jarinya.
ada dua perkara terlintas difikiran:
1. tak dapat mengawal nafsu (tidak mendidik nafsu supaya mengingati org susah)
2. tolong belikan untuk kawan2 tu ataupun jiran2 kat blok dia mintak tlg blikan... heheheh...
manusia dah sebati dgn godaan syaitan cam2 la...harap2 kita semua dijauhi dgn sifat ikut nafsu time puasa ni dan amalkan byk ibadat :)
fia stuju ngn belalang =)
betul2, bulan puasa ni juga ibarat kursus intensif yg Allah sediakan untuk hamba-Nya
sbb tu dikatakan jihad melawan hawa nafsu lebih besar dari jihad di medan perang..
diri sendiri kena mampu mengawal nafsu barulah hidup lebih terkawal
puput & hali3isa:yea betul x semua org ade nafsu besar gajah.org2 itu tergolong dlm org2 yg xikut nafsu la tue...hee
kie-yu:puasa 2 ari smggu tue dpt dari satu citer pasal islam.lupa lak citer pe..
anna:klu umah bujang mmg besak la member tlg beli kat member...tp klu jiran sblh umah nak mintak tlg beli?sound dia balik motor ko xde minyak ke?kuikuikui
tomato gurl:harap2 kita jd org yg mampu melawan nafsu & godaan syaitan.
fia:thanks
tengkorakemas:yeah dat right bro!
rainbow:bernas kata2 kamu...hee
bgs ingatan dr belalang ni =)
dah kalau buat jahat time ramadhan nih, maksudnya nafsu lagi jahat daripada syaitan la. :(
Catat Ulasan