Belalang dah lame tak dapat award atau apa-apa tag dari mana-mana blogger. Mungkin sebab Belalang tak begitu glamor atau blogger lain hangin dengan Belalang sebab ade sesetengah tag mereka Belalang tak buat pun. Bukan pasal malas, tapi kadang-kadang terlupa nak buat. Disebabkan sibuk memberi laluan pada entry lain akhirnya langsung tak buat tag sebab lupa.
Bila dah lama tak dapat tag, sekali-sekala bila kena tag jadi rase best la pulak. Hee... Orang yang telah dengan baik hatinya tag Belalang kali ini adalah Ciktom dan One2paii. Tag yang diberi 'Mencari Identiti Blogger yang hilang' ini menyebabkan Belalang dengn murah hatinya ingin berkongsi sebanyak 25 rahsia identiti Belalang yang korang-korang sure tak tau. Meh tengok apa kat bawah nih:-
1. Nama sebenar yang tertera di Mykad adalah Belalang Hijau Bin Belalang Kunyit... Hee acah je. Yang pasti Bukan Belalang Hijau.
2. Anak bongsu daripada empat adik-beradik (2 kakak dan 1 abang).
3. Topeng yang ada pada setiap gambar Belalang adalah dari karektor Kamen Rider Black atau dulu siri Bahasa Melayunya berbunyi Kesatria Baja Hitam.
4. Menggunakan topeng untuk menyembunyikan wajah asal Belalang. Tapi sekiranya Belalang tidak bertopeng wajah Belalang akan kelihatan seperti ini...
Hee jangan marah yea Jehan Miskin. Pinjam muka U jap. Tapi yang pasti jauh bebenor muka dia ngan Belalang namun yang pasti tetap sekacak Jehan...Hahaha
5. Terlalu gemar menikmati daging ayam. Masak la hape jenis pun janji berasaskan ayam.
6. Terlalu meminati muzik, pernah mempunyai band tapi dah pencen perform depan orang.
7. Tiada sorang pun kawan-kawan rapat Belalang mengetahui Belalang mempunyai blog.
8. Kalau tiada apa-apa kerja, lebih suka lepak di rumah.
9. Banyak membaca buku-buku seperti Mastika, Infinity dan Al-Islam. Walaupun membaca berkali-kali tapi tetap tak reti nak cerita pada orang apa yang Belalang baca.
10. Berkenalan dengan Mrs. Belalang hanya pasal silap send sms. Terus bercinta dan terus berkahwin dan terus mendapat Belalang Jr. Hee...
11. Seorang yang sangat pendiam di sekolah menengah dahulu (mentah lagi time nih)
12. Seorang yang sangat banyak cakap pada zaman kolej dan IPT dulu (dah rase diri cukup matang)
13. seorang yang tidak terlalu serius pada kenalan rapat. Namun pada yang tidak begitu kenal, Belalang agak serius.
14. Tak reti nak marah orang. Hanya reti dimarah orang.
15. Tak pandai mengarah orang. Hanya reti diarah orang.
16. Sangat-sangat menjaga hati dan perasaan orang lain. Hati dan perasaan sendiri tak terjaga takpe.
17. Tidak suka mengeluarkan kata-kata kesat dengan sengaja atau tidak sengaja, ketika marah atau bergurau.
18. Bukan seorang perokok. Katakan tak nak pada rokok. Hee...
19. Satu-satunya blogger yang Belalang pernah jumpa hanyalah Padin.
20. Pernah terpilih untuk presentation design pada Tun Abdullah Ahmad Badawi bersama lagi 5 rakan secara private (bangga giler time tuh).
21. Blog Suara Bawah Tanah mempunyai maksud sendiri. Apakah maskudnya? Cari la sendiri.
22. Belalang bekerja sendiri, memiliki kedai sendiri.
23. Rumah, Kereta, anak, bini semua dah ade. Rasenye dah lengkap dah idup Belalang nih.
24. Ade rezeki nak bagi adik pada Belalang Jr. Cian dia asyik tergedik-gedik sorang diri.
25. Belalang pencinta haiwan. Kucing parsi, ikan dan hamster antara ternakkan Belalang.
Belalang kene tag pada 25 blogger lain. So, kepada sesiapa yang kene tag akan Belalang maklumkan di shoutmix yea.
25 comments:
wah..namo gua..tq tq..lu mmg pelajar gua yang cmerlang..gua baru jerk nak simbah cat kat umah lu..nasib lu dah wat..haha
he lawak juga baca tentang bro ni, ada kedai sendiri?kedai apa?
hahahah rupanay dan bekeluarga...ngatkan bujang tran tang tang lagi...bro nak tengok muka skit leh?? hahah
25 rahsia identiti yang menarik sekali! hehehe
memang sempoi toi.. tajuk len yg len..huhu.. 25 da aku tau pasai ko... lagi??? lalalala
akhirnya mengaku gak..hehehe...nasib tak tag ellen...huhu...nanti kena bocor identiti..haha
ellen..kan ciktom tag ellen!!
wah belalang hebat giler..pernah ada band+jupa pak lah..wow...maaf cik tom xsuka jehan miskin..haha..
one2paii: xyah simbah cat bai...belalang dah buat dgn rela hati nih..hee
tengkorakemas: kedai yang sgt la tidak metal seperti band belalang dulu.kedai barangan pengantin...huhuhu
han:sebenarnya belalang dan bandi amuk adalh org yg sama...hahaha.yg pasti muka biarla rahsia dulu.
diana: err..rase mcm kacak.tp time rambut panjang dulu ade jugak yg pggl belalang ayu...wakaka
Nury: thanks krn sudi membaca
gayah: cukup la 25.bnyk2 sgt citer kang abis semua org yg bc muntah...huhuu
ellen: bersiap-sedia la utk d tag.hahaha
ciktom: belalang pun x minat jehan miskin.tp si jehan tue yang minat sgt kat belalang...huawawa
tang jehna miskin tuh terkedu jap den kat entry ni. hehehe
salam.. wahh.. terbongkar sedikit demi sedikit identiti belalang. rupanya ada kedai pengantin.. boleh kauntim baik punye ni nanti. kulim alor setar jauh tak ea? hihi..
bleh tambah lagi reveal identiti... hihihi.. lagi 50 ke..
alah my twin!!!! sebarkan identiti mu.. ramai pemint kt sini nk tau.. XD
kah kah kah.. gila hensem hang belalang.. ni aku nak ajak hang kapel ngan aku ni.. auwwwww... kah kah kah.. jehan miskin tuuuuuu!!
identiti di luar jangkaan n sgt menarik~
lady: terkedu sebab terlalu kacak ke?hahaha gurau je yea..
anna: kwn ceq org alor staq gak ada mai amik barang ngan ceq tau...hee
crayon: plez jgn kata identitiku satu konspirasi.hahaha gurau jer bro. but entry lu yg baru tue mmg gempak ah!
BeLaLanG: bnyk2 nanti x jd lelaki misteri dah.huhuhu
kamaryeah: yeke d luar jangkaan?thanks komen...
hikhik
selamat berkenalan dgn lebih dalam belalang :D
aku lagi teruk huhu
tak juga aku tahu siapa sebenarnya belalang
nak kena tanya bro padin ni...
hehehe
sianggh baca entry.. singh juga ye
sianggh baca entry.. singh juga ye
BeLaLanG: bnyk2 nanti x jd lelaki misteri dah.huhuhu
kamaryeah: yeke d luar jangkaan?thanks komen...
he lawak juga baca tentang bro ni, ada kedai sendiri?kedai apa?
haha..
ingatkan bongkar btl2..adeh..
Catat Ulasan