Hari ni genap umur Belalang Jr. dua tahun. Rasanya macam baru semalam melihat dia di katil wad baby. Dua tahun lalu tepat pukul 12 tengahari Mrs.Belalang selamat melahirkannya setelah sehari ditahan di wad akibat lebih tarikh yang dijangka oleh doktor.

Berdebar-debar sewaktu pertama kali Belalang nak menyentuh zuriat pertama Belalang itu. Belalang perhatikan betul-betul setiap inci tubuh badan Belalang Jr. Periksa kaki dan tangannya selepas itu bilang pula samada cukup setiap bilangan jari-jemarinya. Dan akhirnya Belalang bernafas lega. Segera Belalang panjatkan syukur kepada Allah kerana telah mengurniakan seorang cahaya mata yang comel dan tiada cacat celanya.
Kehadirannya benar-benar membawa sinar kecerian dalam family Belalang. Kebelakangan ni setiap sebutannya juga sudah dapat kami fahami menjadikan Belalang dan Mrs.Belalang sentiasa saja tersenyum mendengar tutur bicara dan juga nyanyiannya.
Sempena dengan kelahirannya yang kedua ini, Belalang bercadang mahu membawanya keluar bersiar-siar sebentar lagi. Tapi masih belum tahu kemana nak bawak Belalang Jr. pergi. Namun yang pasti Belalang nak bawanya ke satu tempat dimana dia bebas berlari dan bermain dengan sepuas-puasnya.
Related Posts : belalang jr dua tahun,
hari lahir belalang jr,
personal
30 comments:
selamat hari laher ke dua tahun mr. belalang junior. :)
happy birthday sayangku mucuk-mucuk! Cepat jer dah 2 thn. Elle pun dah lama x jumpa anak sedara Elleyg comel ni.
tahniah belalang.. :)..
x sangka belalang dah jadi seorang ayah.. :D...
ingtkan masih bergelar pelajar :D..
tahniah, tahniah :D
semoga mrs belalang, belalang, dan belalang jr dlm keadaan sihat dn sentiasa dlm rahmat Allah.. :D
Selamat Ulangtahun Belalang jr...Ikhlas dari Auntie Ellen...
hehe
alhamdulillah...dah 2 thn pun.dah berlari.
hepi birthday to belalang jr.
tomeiii..
birth kiss kt dia..mmuah..mmuah..
kat jr. tau bkn bapak dia..hahaha
http://qasehraihan.blogspot.com/2011/03/bila-sebut-indon-apa-yang-anda-fikir.html
@Memo_Hazel
belalang Jr. cakap "tima kacih" :)
hepi birthday belalang jr.! papa ada belikan topeng masked rider tak?keh3
bro, sudah tiba masanya bawa dia keluar dari bawah tanah :)
@Elle Elyssa
tu la...belalanh Jr. pun rindu nak jumpa auntie dia yg cun melecun tuh... huhuhu
@LadyBird
tima kacih kata belalangg muda dan mcm student lagi... makna kata saham x jatuh lagi la nih...wakakaka
@Ellen
terima kasih ellen :)
@Lydia Miza(Aidyl Azim)
dia bukan saja boleh berlari, malah boleh membasuh pinggan, kemas rumah dan lipat baju. tp dia masih belum tahu main blog.kalau x, sure berebut dengan bapak dia...
wakakakak
@qasehraihan
hahaha bapak dia baru jer nak tumpang sekaki...
terima kasih ye..
muaaaaaaaaah.... pp adik kecii ni.. caper namer...
makin hensem belalang junior..
heheheee
As salam..
Dah besar tu.
Bila nak tambah ahli?
5 Blog Paling erap Dilawati 2011Teratak Usang
Selamat Hari Lahir buat Belalang Jr...Tahniah dan terimakasih pada abah kao yabg penat membesarkanmu..umi juga..huhu...cak..aaa!~
wah dah dua tahun budak nih ekekee, xsabar nak jumpa lagi keh3
Selamat ulangtahun ke2 buat belalang jr.
kejap je masa berlalu kan....
dulu belalang tak nampak tanjak lagi nak jadi daddy..tapi alhmdulillah..tengok...belalang jr. pun dah beso...
semoga belalang & family sentiasa dirahmati Allah SWT...ameen..
@tengkorakemas
biar dia sorg jer yg kuar dari bwh tnh...papa dia masih lagi misteri...
huhuhu
@Rainbow
name dia rainbow cloudy!
huhuhu
@mie
bapak dia pula semakin kacak!
huhuhu
@iza
erk!
soklan mencabar nih!
kalau ade rezeki apa salahnya :-)
@ASSOYFINGER67
terima kasih assoy...hahaha
@padin
turun sini jangan lupa singgah lagi din...
@siti murni
hehehe
dulu2 pun dah mmg ade tanjak nak jd daddy tp segan nak tunjuk...wakakak
terima kasih kak ct :)
dah dua tahun yaaaa..tahniah..tahniah...mummy and daddy dah boleh fikir utk dptkan adik...
aish... comey aihhh... pinjam nak bawak jalan2... hehe
hai si comel belalang jurnior :)
selamat hari lahir....
pejam celek pejam celek dah 2 tahun...
haa belalang jr dah blh dpt adik kot...
Catat Ulasan