Belalang ni ada satu hobi yang agak pelik tau dalam dunia blog nih. Bukan la pelik macam mana pun. Tapi satu perangai Belalang ialah Belalang suka intai trafik blogger-blogger lain. Tapi Belalang rase korang pun macam tu jugak kan?
Macam mana Belalang intai? Biarlah itu menjadi rahsia Belalang. Nanti kalau Belalang ajar korang, tak pasal-pasal korang datang skodeng trafik blog ni pulak. Malu la Belalang. Dah la trafik ciput jer. Berbalik pada apa yang nak Belalang kisahkan.
Belalang suka mengkaji satu-satu blog tu dari mana datang trafiknya, keyword apa yang blog tu ada dan kekerapan trafik yang masuk ke blognya dalam satu-satu masa. Perkara ini sebenarnya dapat membantu kita dalam memantapkan lagi isi kandungan dan juga persembahan blog kita.
Boleh dikatakan semua blog yang hebat-hebat akan Belalang kaji. Kebiasaannya Belalang mengkaji blog yang mempunyai Page Rank (PR). Disebabkan blog Belalang masih PR0, jadi Belalang kerap mencari jalan bagaimana nak menaikkan PR blog ini pada masa akan datang.
Namun Belalang agak pelik dengan beberapa blog yang Belalang lihat mempunyai PR yang tinggi tapi keyword yang masuk amatlah jarang-jarang. Jika dibandingkan dengan blog ini, rasanya blog ini lebih tinggi keywordnya dan kekerapan trafik yang masuk dalam satu-satu masa juga agak memberansangkan.
Disini mula timbul persoalan, bagaimana Google memberi PR pada sesebuah blog? Tak dinafikan usia blog juga menjadi salah satu sebab mendapat PR. Namun apalah gunanya kelebihan PR jika tuan blog itu tak pandai memanfaatkan kelebihan yang ia miliki?
Pesanan Belalang kepada mereka yang mempunyai PR blog, silalah gunakan sebaik-baiknya kelebihan yang diberikan oleh Google itu kepada anda. Dan kepada blogger yang masih PR0 seperti Belalang, jangan putus asa, jom kita berusaha lagi sampai boleh medapat PR dari Google. Silap-silap haribulan PR blog kita boleh sama tinggi dengan Facebook iaitu 10 (berangan) Hahaha
41 comments:
apa kelebihan Pagerank nie Belalang? Pirate pernah check n dpt PR1 rsnya... tp xtau apa maksud dia
err..masih tak tahu apa itu page rank yang sebenar..
blog iqbalhakimi pun traffic ciput2 jer..huhu
oooo...beza PR atau pro tu cam ne pulak?
yaaahh bee nak jugak blog P tinggi tai biar masa menentukan !
ha... jawab belalang...
pandai skodeng2 orang yea....
mesti pendekar pun jadi mangsa ni kan??
ciss...
#tembak belalang~!!
huahuahua...
@Pirate
PR ni dia ade kelebihan bila main dgn keyword cth mcm smlm keyword 'keputusan piala FA'. kalau ramai yang buat tajuk mcm tu google akan susun d mn blog yg ade PR akan berada page hadapan google bermula dgn PR plg tggi sampai la yg xde PR.
@iqbalhakimi
Pelan2 akan tau...hahahaha
@Nasriq
beza PR ngan pro? err...ntah...ngee
sori ye. belalang x paham soklan...
@bee
yeah! usaha tangga kejayaan! ^_^
Ok baru tahu hehehe slow sket
pak belalang..page rank saya masih zero la..huhuhu
@Pendekar Berkuda
pendekar x yah skodeng pun dah tau trafik dan keyword masuk mcm mana...
mantap beb!!!
hahaha
@Pirate
nak paham lagi g skodeng entry blog ariff shah...hee
@mrs.sabri
same2 la kita berusaha...
hee
En. Belalang,
ada info tu share2 la. dapat gak pahala. hihi ..
saye lagi le takde traffic...polis buat roadblock manjang..uhuk uhuk
Salam Kenal En Belalang,
saya masih tak faham - faham mengenai smua ini...
Suka baca blog dan berblog saja. memang tabik la dengan orang yang pandai serba serbi sampai ke tahap menyekodeng blog orang..he he he
page rank? apa tuu?
camna nk tengok?
MySuaraBlog: Ibu Terkecil
Sukar nak faham.. harap ada penjelasan yang lebih detail dan professional.
Hi! (^^,) Salam Blogwalking.
DAKJAAT YENN (http://dakjaat.com)
ADMIN BLOGGER'S MALAYSIA (FB)
Page rank ni penting. Sebab itulah kita kena menulis dengan betul. Page rank ni baik untuk gain traffic jugak. Hehe.Semakin tinggi pagerank kita, semakin cepatlah google detect blog kita on any issue yang berkaitan. :)
hahaha belalang, aku xmo dari PR0 jadik PR N/A.. hahhaaa
frust sbb xleh skodeng traffic blog ni...hehe...
As salam...
Terasa aku dgn entry ni...hehe..
Walaupun PR boleh tahan tp aku tulis blog ikut suka hati saja, kadang2 malas nak buat entry dgn keyword yg tengah meletop bila tgk blog lain berlumba-lumba buat entry yg sama...
haritu terintai trafik blog 5++, lupa lak blog yang mana..^^
Shag tak reti pun nak main keywords tu. Jadi, mmg tak dapat lah kot PR. hahahaha ;D
kaki skodeng rupanya belalang.. nasib baik skodeng blog bukan skodeng org... huhuhu :)
mmg bagus belalang, kaji blog org dan cuba guna analisa tersebut utk kebaikkan blog.. sop pun selalu buat..
Nak dapat PR naik cepat, dapatkan backlink dari PR tinggi, lg cepat naik sbb PR ni google nilai berdasarkan backlink..
Walaupun PR tidak memberikan kesan kepada SEO tp mampu dimanfaatkan utk pengiklanan
masih tak faham untuk apa PR tu, dan bagaimana dia berfungsi sebenarnya..
@kakchik@ella
boleh2 takde hal...hee
@risa
kalau mcm tu cepat2 g bayar saman...hahahah
@Melur Jelita
takde la pandai mane pun. cuma bila hari2 ngadap blog, maka tentu akan sesuatu yg d pelajari.. x gitu?
:)
@ZWAN SABRI
ZWAN nih saje buat2 x tau kan...kuikuikui
@Dakjaat
wah! admin blogger malaysia pun sudi drop komen. terima kasih ye.
nanti belalang sambung entry nih khas utk dakjaat ^_^
@Cik Nass
ye, belalang juga anggap PR penting. namun ade segelintir blogger kini x begitu endahkan PR d sebabkan dah terjadi hal2 spt blog yg tiada PR pun masih boleh berada atas drpd blog yg ade PR d search engine...
@padin
yang tu x dapek nak nolong din...wkakakaak
@Tuan-Belog
trafik blog belalang x dpt tandingi trafik blog bro lagi...satu hari baru 100 ke 200 jer...ngee
@iza
hehehe entry ni takde penyentuh mana-mana pihak secara nyata dan tepat. saje je belalang cakap rugi klu ade PR tp x guna dgn btl.
namun bukan semua blogger yg dapat kepuasan dgn mengejar trafik. ade juga yg dah cukup puas hanya dengan buat entry dan mendapat komen. x gitu iza?
:)
@ZACK ENTRY
blog mana bro? cepat g tau. nak g link exchange ^_^
@Puan Besar Shag Yahaya
x semestinya x pandai main keyword x dpt PR. ade lagi perkara2 lain yg google amik kira utk kasi PR pada sesebuah blog tu...
hee
@gnesop.com
"Walaupun PR tidak memberikan kesan kepada SEO tp mampu dimanfaatkan utk pengiklanan"
sop merujuk pada perkara2 yg berlaku kebelakangan nih ke?
@aRoL
xpe, nanti belalang buat entry baru belalang akan link kan ke blog yg buat entry detail mengenai PR...
Terimakasih...baru faham apa guna PR tu huhu....
Catat Ulasan