Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Memaparkan catatan dengan label Page Rank. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Page Rank. Papar semua catatan

Ahad, 6 Mac 2011

PageRank Satu Kelebihan

Semalam Belalang ada menulis satu entry yang bertajuk 'Blog PageRank Tinggi Tapi...' dan telah mendapat respon yang agak hebat bagi blogger-blogger yang membaca entry itu samada silent reader atau yang tinggalkan komen. Sungguh diluar sangkaan entry yang Belalang tulis dengan hanya bermotifkan luahan hati Belalang itu telah mendapat perhatian dari rakan-rakan blogger . Terharu sebentar :-p


Ada yang bertanya kepada Belalang apakah itu pagerank(PR)? Sila lihat penyataan dibawah ini bagi menerangkan maksud PR.


Seperti yang pernah aku jelaskan dulu, pada asasnya PageRank didapati dalam bentuk undian dan undian itu diberi dalam bentuk backlink ke page tersebut. Backlink datang dalam pelbagai kualiti. Backlink dari sumber yang tidak berkualiti tidak akan membantu dalam meningkatkan PageRank. Backlink dari page yang mempunyai PageRank tinggi akan membantu meningkatkan PageRank kerana backlink dari page-page ini mempunyai pemberat yang lebih besar.
Perlu tahu perkiraan ini melibatkan formula yang sangat kompeks dan tak semudah yang dinyatakan di sini, tetapi ideanya masih sama  
Ariff Shah


Pinjam ayat sikit ye Ariff. Blog Ariff Shah sering Belalang jadikan rujukan untuk memahami perkara-perkara yang berkaitan SEO, PR dan beberapa perkara lagi. Korang juga patut ke sana untuk membaca sendiri beberapa entry yang Belalang rasa perlu diketahui oleh seorang yang ingin serius dalam dunia blog.



Berbalik kepada entry Belalang semalam. Secara jujurnya time Belalang menulis entry itu adalah sekitar 3 pagi dan Belalang telah schedule entry itu pada pukul 9 pagi esok harinya. Entry itu lebih kepada luahan hati Belalang yang iri hati melihat sesetengah blogger yang memiliki PR hatta hanya PR1 tapi tidak menggunakannya sebaik mungkin.

Dari pemerhatian yang Belalang lakukan kepada blog tersebut, Belalang dapati amat jarang trafik yang masuk ke blog itu meskipun dia memiliki kelebihan yang telah diberikan oleh Google. Berbanding blog Belalang dan beberapa lagi rakan blogger yang PR masih 0, kekerapan trafik yang masuk samada melalui search engine atau direct boleh dikatakan jauh lebih baik. Hal ini lah yang menyebabkan lahirnya entry semalam itu, 'Ada PageRank Tapi...' Mensia-siakan kelebihan itu. Sayang sangat.

Belalang harap tiada yang terasa dengan entry itu. Ia hanyalah luahan hati Belalang yang sangat gemar memburu trafik di search engine. Belalang dapat rasakan satu kepuasan apabila melihat entry Belalang hasilkan itu menjadi carian oleh pengguna internet. Lagi best apabila melihat blog Belalang berada atas sekali pada Search Engine Resul Page (SERP). Fuh! puas hati. Hehehe

Tapi Belalang juga tau bukan semua orang mendapat kepuasan dengan cara itu. Ada juga yang mendapat keseronokan dan puas hanya dengan menghasilkan entry-entry berkaitan diri atau hal-hal peribadi. Tak ramai search cari pun tak kisah. Janji puas hati boleh menceritakan hal diri. Lain orang lain caranya.

Kepada dakjaat admin blogger Malaysia, maaf sekiranya entry penjelasan ini tak menepati standard professional seperti yang bro kehendaki. Belalang masih lagi dalam proses pembelajaran. Masih belum mencukupi ilmu di dada ini. Hee...


Terima kasih kerana membaca...

Sabtu, 5 Mac 2011

Blog PageRank Tinggi Tapi...

Belalang ni ada satu hobi yang agak pelik tau dalam dunia blog nih. Bukan la pelik macam mana pun. Tapi satu perangai Belalang ialah Belalang suka intai trafik blogger-blogger lain. Tapi Belalang rase korang pun macam tu jugak kan?

Macam mana Belalang intai? Biarlah itu menjadi rahsia Belalang. Nanti kalau Belalang ajar korang, tak pasal-pasal korang datang skodeng trafik blog ni pulak. Malu la Belalang. Dah la trafik ciput jer. Berbalik pada apa yang nak Belalang kisahkan.

Belalang suka mengkaji satu-satu blog tu dari mana datang trafiknya, keyword apa yang blog tu ada dan kekerapan trafik yang masuk ke blognya dalam satu-satu masa. Perkara ini sebenarnya dapat membantu kita dalam memantapkan lagi isi kandungan dan juga persembahan blog kita.

Boleh dikatakan semua blog yang hebat-hebat akan Belalang kaji. Kebiasaannya Belalang mengkaji blog yang mempunyai Page Rank (PR). Disebabkan blog Belalang masih PR0, jadi Belalang kerap mencari jalan bagaimana nak menaikkan PR blog ini pada masa akan datang.

Namun Belalang agak pelik dengan beberapa blog yang Belalang lihat mempunyai PR yang tinggi tapi keyword yang masuk amatlah jarang-jarang. Jika dibandingkan dengan blog ini, rasanya blog ini lebih tinggi keywordnya dan kekerapan trafik yang masuk dalam satu-satu masa juga agak memberansangkan.

Disini mula timbul persoalan, bagaimana Google memberi PR pada sesebuah blog? Tak dinafikan usia blog juga menjadi salah satu sebab mendapat PR. Namun apalah gunanya kelebihan PR  jika tuan blog itu tak pandai memanfaatkan kelebihan yang ia miliki?

Pesanan Belalang kepada mereka yang mempunyai PR blog, silalah gunakan sebaik-baiknya kelebihan yang diberikan oleh Google itu kepada anda. Dan kepada blogger yang masih PR0 seperti Belalang, jangan putus asa, jom kita berusaha lagi sampai boleh medapat PR dari Google. Silap-silap haribulan PR blog kita boleh sama tinggi dengan Facebook iaitu 10 (berangan) Hahaha
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com