Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Khamis, 10 Mac 2011

Idea Update Blog

Kebelakangan nih Belalang perhatikan ramai kawan-kawan blogger Belalang seperti blur untuk update entry blog. Kalau dahulu satu hari 4, 5 entry boleh publish, tapi sekarang hanya 1 atau 2 entry saja dalam satu hari. Itu pun hanya entry copy paste dari akhbar online.

Sebenarnya Belalang juga berada dalam situasi begitu. Bukan tiada idea, ada. Tapi tak dapat nak kembangkan idea itu. Tak dapat nak kumpulkan isi kepada tajuk yang dirasakan sesuai. Bila sudah mula tulis, selepas itu idea seperti tiba-tiba hilang. Belalang rasa mungkin kawan-kawan blogger Belalang juga berada dalam situasi begitu?

Adakah itu menunjukkan yang masalah ini timbul kerana tekanan yang dihadapi untuk mengupdate blog setiap hari? Atau itu disebabkan kita cuba menulis secara sambil-lewa? Susah jugak jadi blogger ni ye. Susah untuk menghasilkan sesuatu penulisan yang original dari fikiran kita. Setakat nak copy paste tak perlu pun nak fikir panjang-panjang. Ambil jer apa tajuk yang dirasakan sesuai, copy dan paste. Pada bawah entry tinggalkan sedikit kredit dari mana datangnya entry itu.

Bagaimanakah cara paling sesuai untuk menyelesaikan masalah ini? Biasanya apabila sudah ada idea, bagaimana korang kembangkan idea itu? Mungkin kepada mereka yang mempunyai cara untuk mengatasi masalah ini boleh berkongsi pada ruangan komen dibawah supaya ia dapat dijadikan rujukan oleh Belalang dan juga blogger-blogger lain yang sering berhadapan dengan masalah ini.

Terima kasih.

23 comments:

suria lekatlekit berkata... Reply To This Comment

biasa la tu.. saya pun kadang2 blur juga. so sy ambil masa rehat or BW dulu.. jgn push otak kita nanti stress langsung takde idea.. artikel akhbar juga sumber tapi gunakan kreativiti.. copy paste tu terpulang tapi saya lebih suka mengulas cara sendiri

Nazifa M.Zali berkata... Reply To This Comment

betol2.kalo time ade idea. pjg je entri tue.eheee

Dakjaat berkata... Reply To This Comment

simptom-simptom seperti ini biasa berlaku pada mereka yang kerap kali update blog dengan apa jua cerita. Ya, memang hidup ini bagaikan buku cerita.. Tetapi dari apa yang saya lihat, kebanyakan blogger pada masa ini terlalu mengejar trafik dan duit. Jadi, adakah mereka faham maksud blog yang sebenarnya?

Seperti yang saudara katakan, ramai yang blur.. bila tiada idea, lantas mereka mencari satu sumber cerita baru iaitu dari laman rasmi berita tempatan. Dari situ, mereka cuba memberikan pandangan mereka mengenai sesuatu isu. Bagus juga tetapi kebanyakannya pandangan yang dikongsikan hanyalah pandangan yang syok sendiri atau melalui pengalaman mereka sendiri tanpa mengambil kira beberapa perkara yang lain seperti fakta dan realiti mengenai sesuatu perkara itu. Blogger seperti ini malas meluangkan sedikit masa untuk mengkaji sesuatu isu.. sebaliknya bertindak memandai-mandai dalam suatu isu yang akhirnya menampakkan dirinya kelihatan seperti blogger yang tidak ada otak.

Kita harus ingat apakah tujuan asal kita berblogging. Kita blogging sebab nak mengikut trend rakan2 kita? atau mengejar wang? atau secara semulajadinya kita rasa diri ini terpanggil untuk berkecimpung dalam arena blogging ini?

Update blog setiap hari sudah menjadi satu trend yang harus ada pada setiap blogger baru khususnya. Tetapi tidak pada blogger lama yang sudah faham dengan konsep blog yang mana mereka cuma update blog bila timbulnya perkara yang mereka rasakan penting untuk dikongsikan bersama atau update entri yang berunsurkan kenangan untuk mereka sendiri.

itulah pandangan saya. :)

Salam ziarah dari Dakjaat
Admin Blogger's Malaysia FB
(http://dakjaat.com)

::Budak Degil:: berkata... Reply To This Comment

tekanan dan mud main peranan penting utk para blogger..tade mud idea xkuar jugak kan..xde mud nak update entry..mcm sy..ahaha

miss ice berkata... Reply To This Comment

waaa..ice pn same cam belalang..selalu je jadi macam ni..hehehe ~
kalau geram sgt baru la boleh tulis panjang2..lepas geram la katakan..haha >_<

Unknown berkata... Reply To This Comment

kita serupa...huuu..tengah blur

RastaMat berkata... Reply To This Comment

cakap nak buat pasal pekida..
tunggu hape lagi..
tgk sket camne otai lame ni bergadoh ngan pekida..
hahahha...

Padin berkata... Reply To This Comment

kalau aku la kan, aku bermula dari tajuk dulu, dah dapat tajuk, cuba kembangkan definisi, kepentingan, kaitan dengan perjalanan hidup aku, dan selitkan nilai.. semua tu kena teliti dan itu sebab aku update lambat hehee..

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@THE LEKAT LEKIT STORY

belalang jugak akan selitkan dgn berita2 dari akhbar d blog ini sebab x nak kasi nmpk terlalu prsonal content blog ini...

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@Bulan

time xde idea pun boleh tulih panjang2 tp merapu raban la semuanya...huhuhuh

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@Dakjaat

terima kasih DJ. mungkin blogger baru kerap update entry kerana masih belum ada nama dan d kenali. kebaikan selalu update akn menyebabkan blog mesra enjin carian (betul ke?)

hee

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@::Budak Degil::

same la kita...huhuhu

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@budak ice

klu mcm tu kene slalu2 la cari mood geram!

hahaha

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@Warna Warni Kehidupan

yeke? nasib badan... :)

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@RastaMat

ade2...tq sebab igt kan...
dah lupa sebenarnya...

hahahaha

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@padin

kene take note nih tips padin...tips sorg cikgu la katakan...

uhuhuhhu

Tuan Penasihat berkata... Reply To This Comment

ada beberapa ketegori blogger ni.

ada jenis yamg jadikan blog sebagai diari, jadi kepada blogger jenis ni mungkin tak jadi masalah sebab setiap yang berlaku dalam perjalanan hidup dia boleh ditulis dalam blog.

satu lagi blogger yang menjadikan blog sebagai medium menyebarkan ilmu. jadi jenis ni memang susah sikit sebab kena tunggu idea dulu baru boleh menulis. sebab penulisannya memerlukan kajian, fakta dan ketepatan perkara yang nak di dampaikan semuanya perlulah betul.

last sekali mungkin blogger jenis copy paste kot. blogger jenis ni pun rasanya tak jadi masalah untuk update entri sentiasa sebab hanya perlu mengambil idea orang lain sahaja.

TP rasa belalang mungkin jatuh pada golongan ke dua kot. sebabtu susah sikit nak update blog ni. takpa TP tau belalang kreatif.

sud@is berkata... Reply To This Comment

kalau ada idea trus je tulis kat mana2.. pas tu bila free key in....
tu yg kadang tulis ntah apa2...

bukan macam padin..
kemas macam karangan ssh nak jmpa spelling yg salah

sifu lah katakan...

tengkorakemas berkata... Reply To This Comment

er..TE memang sehari 1 entri je..hehe kalau lebih tu mesti tengah internet laju

CahayaCintaIlahi berkata... Reply To This Comment

belalang.. huhu .. tah la pendapat cahaya kan.. stkt ni cahaya jrg la jmpe entri copy paste ataupun mgkn chy tk prsn chy pun tk psti tp yg chy krp nmpk adalah entri tu lebih krg same.seolah-olah mencilok idea org len.. macam kdg2 org tu buat entri ni pastu die pun nak buat pasal entri tu seolah-olah bila die baca entri tu .. die dapat idea la untuk buat entri pastu ubah la sikit2 tambah sikit2 pengalaman die ke ape.. entah la tapi itu la yang besenye cahaya tengok....belalang faham kan mksd chy? huhu neway btul gak ckp belalang tu .. lately ni cahaya tengok ramai gak yang down untuk berblogging..contohnya cahaya sendiri.. tapi cahaya ada sbb trsndiri. chy tak dela smpi nak ikut2 orang.. kan.. masing2 ada pendapat masing2 btul tak belalang? neway keep up blogging spttnye kte perlu menyokong antara sesama blogger bkn menjatuhkannya btul tak?

sori terkomen pjg lak ngee cahaya da ok da ni ;))

kpah k-poh Sharifahnor berkata... Reply To This Comment

serius ler, belalang oiii...mmg jadi cam tu..blurrrr jer..Tapi skrg ni entah mcm mana blog akak dah jadi tumpuan utk direview ( akak tak review blog tapi akak review tuan blog!!! heee)..sekurang2nya 15 kali entry lagi akak tak payah pikir...legaaa...

wawa meiko berkata... Reply To This Comment

Belalang , i rasa pun begitu . Kena mimpi dulu baru boleh update belog . Tgk la pasal disney tu, tetibe teringat sebenarnya . .

Nk kena keluar carik inspirasi mcm fasion designer jugak kot . Padahal Update blog je . Hak3 .

Rain berkata... Reply To This Comment

terkedu den baca dakjaat nyer komen. sgt bernas..

terkedu bila cikgu padin berkata-kata..
ekeke(gelak padin)

betol la kata TP, blogger yg tulis sal diri n life mudah dpt idea sbb tulis al pe yg blaku sekeliling..

pe pon, rain rasa, kreativiti penting untuk sume jenis pkerjaan bukan lam penulisan je..

bila buntu sgt, try update sal gambar.. using keyword , contoh : pndrive.. , gmbar2 pndirve yg unik sgt byk... leh dijadikan entry. kdg2 gambar ni memberi 1001 gambaram :)

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com