Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Ahad, 13 Mac 2011

Mentor Musim Ke-5: Shiha Dan Cinta



Sape sini yang follow rancangan realitit tv Mentor? Belalang pun ade tengok jugak tapi takde la sampai tak ke mana semata-mata nak tengok rancangan tu. Keje ku lebih diutamakan :) . Sewaktu tv3 mengumumkan nama-nama mentor yang terpilih, Belalang agak tertarik dengan mentor Datuk Sharifah Aini iaitu Shiha. Ia mengingatkan Belalang pada satu kisah.

Kisah ni berlaku time Belalang masih study di kolej dahulu. Shiha ni pernah menjalinkan hubungan dengan kawan baik Belalang. Kira memang member baik Belalang punya awek la nih. Tapi Belalang kurang amik port pasal hubungan diorang. Belalang ni memang yang jenis malas jaga tepi kain orang (nama jer perisik). Tapi rasanya macam banyak tahun jugak diorang couple.

Hinggalah tiba pada satu hari, Belalang dapat tau diorang dah putus. Kawan Belalang nih frust giler sebab dia masih sayangkan Shiha time tu. Macam-macam cara dia buat untuk mengembalikan perasaan cinta Shiha pada dia tapi tak berjaya. Shiha telah menjalinkan hubungan dengan seorang pemain drum band rock remaja yang agak glemer time tu. Memang parah perasaan kawan Belalang waktu tu. Asyik termenung dan nyanyi lagu putus cintan. Nampak sangat memang dia sayang giler sama Shiha.

Tapi itu kisah lama. Sekarang nih kawan Belalang tu dah pun berkahwin dan baru-baru ni menimang cahaya mata yang pertama. Dia kini menatap di Johor. Shiha pulak Belalang tak pasti masih bersama dengan budak yang Belalang story kat atas tu atau dah break. Shiha memang aktif sertai uji bakat nyanyian dan kalau korang masih ingat, dia juga pernah bernyanyi di Akademi Fantasia sekali dengan Mawi.

Sengaja Belalang berkongsi kisah ini dengan korang-korang semua. Takde maksud apa-apa. Cuma kita perlu terima kenyataan yang jodoh ajal maut semua tu di tangan tuhan. Sekasih dan sayang mana pun kita pada seseorang itu, kalau tuhan cakap itu bukan jodoh kita, korban seluruh jiwa raga pun orang itu tak kan kita miliki.

Semoga Shiha berjaya mengejar apa yang di impikannya. Kalau korang support dia, jangan lupa untuk mengundi plak. Nah Belalang kasi biodata Shiha, klik sini.

3 comments:

kuntumz berkata... Reply To This Comment

hahh, patutlah mcm penah tgk muka si shiha nii...nsib baik belalang dh kasi jawpn..hehhehe..

CahayaCintaIlahi berkata... Reply To This Comment

oyeke.. btul tu belalang
jodoh ajal maut di tangan Tuhan
tp memang nampak shiha ni bersungguh2..kalau btul rezeki die kat mentor.. goodluck for her ;)

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000990518784

ni la bf br shiha. dak skolah dulu merangkap member la.. hehehehe

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com