Kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu turut menyebabkan tiga lagi cedera manakala yang lain selamat.
Mohd Shaznor Hafiz Azizul, 21 dan Mohd Iqwan Haris, 4, maut di tempat kejadian, manakala yang cedera termasuk pemandu Perodua Alza tersebut Marzuki Abdul Razak, 37.
Identiti yang lain sedang dikenal pasti dan kejadian dipercayai berlaku akibat pemandu mengantuk, kata Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Baling, Cif Insp Mohd Basirul Hapi Ibrahim kepada Bernama.
"Mohd Shaznor yang memangku Mohd Iqwan yang duduk di sebelah pemandu meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala kerana terkena besi pembahagi jalan," katanya.
Mohd Basirul berkata, keluarga itu dipercayai dalam perjalanan ke Bandar Baharu, Kulim selepas mandi di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong di sini.- Bernama
Sinar Harian.
-----------------------------------------
Tempat kejadian tu dah berhampiran dengan rumah mertua Belalang. Al-fatihah kepada yang terkorban.
8 comments:
aish seriau dengan excident ni sbb chaya pernah excident teruk gk dulu huhu nsb tak pape..
Innalillah..
semoga mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
amin!
takziah kepada keluarga yg terlibat..
Al-Fatihah....kita yg hidup nie tunggu mase aje..
takziah dan al-fatihah...
daerah mJ ni, tak tahu pong..nmpak sgt mJ ni otak tertutup... ape2 pon moga ahli kuarganya tabah..al-fatihah
takziah buat keluarga yang terlibat... sama2 kita sedekahkan al-fatihah buat arwah.
buat yg masih hidup ni sbg peringatan , kematian dtg menjemput tidak kira usia, masa dan tempat...
dan hati2 lah memandu... kesilapan kitamengundang padah buat yang lain
Maaf..aku ingat kereta tu di baling dgn sesuatu...rupanya di Baling,Kedah..(tu yg cepat2 baca.
Innalilahwainnailaihirojiunnn...
Catat Ulasan