Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Selasa, 1 Mac 2011

Pakej Tukar Suami Isteri: Geli Ya Amat...

Melihat tajuk akhbar Harian Metro hari ni, memang betul-betul hebat la penangan kemodenan sekarang nih. Ingat ke pasangan yang dah berkahwin akhlaknya baik sket dari yang belum berkahwin. Tapi rupanya ada yang lagi teruk.

Apa perasaan mereka yang lakukan perbuatan begini ye? Cara hidup moden? Alasan tak boleh guna pakai langsung. agama selain islam pun rasanya tak mengajar penganutnya pengamalkan cara hidup sebegitu.

Dibawah sedikit petikan asal dari Harian Metro.

----------------------------------------


Pakej pelancongan sambil bertukar-tukar suami dan isteri. Begitu aktiviti seks bebas hujung minggu dikenali sebagai ‘swinger’ anjuran segelintir pelancong dari negara jiran yang kini cuba menjerat pasangan di bandar raya ini untuk menyertainya.


Pelancong terbabit yang dinaungi lebih 10 kelab maksiat di negara itu serta kelab antarabangsa cuba mempengaruhi pasangan suami isteri berpendapatan sederhana di bandar raya ini dengan apa yang dianggap gaya hidup moden itu, kononnya boleh meningkatkan keseronokan masing-masing. Malah, pelancong terbabit sanggup mengumpan ganjaran tertentu termasuk membiayai percutian selain menyediakan kemewahan jika pasangan suami isteri tempatan sanggup memenuhi permintaan mereka.


Untuk membaca keseluruhan berita, klik sini.

11 comments:

Unknown berkata... Reply To This Comment

sememangnya manusia semakin jauh.. bukan semakin dekat...

ini adalah fakta...

sama-samalah kita berdoa supaya kita sentiasa dekat padaNya.. Amin..

salam ziarah belalang..

Ellen berkata... Reply To This Comment

adoiyaii..macam ni pun dah ada kat Malaysia...?

NasQ berkata... Reply To This Comment

dah dekat sangat dah ni...

qasehraihan berkata... Reply To This Comment

dunia akhir zaman..
insan semakin lalai dan alpa..
hukum dinafikan dn dianggap kolot kerna tiada ilmu di dada..

sungguh kesian org sebegitu..

CahayaCintaIlahi berkata... Reply To This Comment

ish ish ish macam ini pun ada ka??
aih tpi siyez cahaya pun ada pnglmn cmni oopss jgn slh mksd hehe dulu chy g keje nek ERL pastu sllu la btmbung ngan pemuda ni hensem tp upe2nye da kawen then dari hari2 tu duk same2 lam ERL die pun duk bercerita pasal ni .. aih ade ke seorang suami snggup tngok isteri men ngan lelaki lain dan adakah seorang isteri sgup tengok suaminya main ngan pompuan lain>? aih tak ptot btul . da krg iman kerana da jadi mata duitan..

farhana sahri berkata... Reply To This Comment

seks bebeas dah ni..pape da...uhuhu

kpah k-poh Sharifahnor berkata... Reply To This Comment

tak de kerja lain nak buat tu...

Kak hana berkata... Reply To This Comment

hmm..Samela pagi tadi baca smbil bfast..hmm rse jijik dan loya ngn prandai dorang ni..kebaratan btl.. 'swinger' yg membawa khancuran akhlak, rumahtangga.. yg peliknye pasangan cm xde prasan yg dinaungi nafsu samata2.. tgk pasangan kita didatangi org lain.nauzubillah

sud@is berkata... Reply To This Comment

manusia makin x betamadun..x sanggup nak baca habih belalang..sori

KatekateKite berkata... Reply To This Comment

macam macam hal!

Unknown berkata... Reply To This Comment

ada yang join lak tu..
nampak bangang sangat..
dah tak de rasa malu dah ..

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com