Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Rabu, 2 Mac 2011

Saya Cintakan A, Tapi B Mengandung Anak Saya...

Cuba korang baca soalan soal jawab agama Dr.Abdul Salam di bawah yang Belalang ambil daripada Harian Metro hari ini-


SAYA seorang lelaki dan mempunyai dua teman wanita. Saya sayang kepada A, tetapi cuma menganggap B teman berbual. Namun, saya pernah berzina dengan kedua-duanya sehingga B mengandungkan anak saya.


Saya cuma cintakan kepada A. Saya buntu sekarang, patutkah saya gugurkan kandungan B semata-mata cinta saya? Jika tidak gugurkan kandungan, apakah yang patut saya lakukan? 
Adakah perlu saya beritahu kepada keluarga saya dan keluarga B? Saya menyesal akan kesalahan yang saya lakukan. 


ZACK, Selangor



Apa pendapat korang mengenai situasi mamat Zack ini? Secara jujurnya Belalang rasa cam lawak jer dia punya soalan. Ada ke cinta dengan orang lain tapi dalam masa yang sama kawan yang dianggap teman berbual pun dah disapu hingga mengandung. Jangan pulak dia cakap si B tu dah rogol dia. Hahaha

Dalam hal begini kita perlu la pandai mengawal nafsu. Jangan terlajak mengikut suara hati. Akhirnya merana diri. Kerana itu la Islam melarang umatnya yang masih belum berkahwin dari berada berdua-duaan lagi-lagi di tempat yang sunyi.

Bila dah terjadi masalah seperti di atas, mula la terpikir jalan singkat untuk membunuh janin yang tidak bersalah itu. Mak ngan bapak yang best-best berseronok, anak dalam kandungan pula yang dihukum tak boleh melihat dunia.

Agak korang apakah jalan terbaik yang perlu diambil oleh si Zack ini? Untuk membaca jawapan Dr.Salam kepada Zack, Klik sini.

20 comments:

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

bila nafsu menguasai.. mcm2 boleh jadi...

Nazifa M.Zali berkata... Reply To This Comment

nk wat keje tak fikir dlu.men hentam je.huhuhu

Kak hana berkata... Reply To This Comment

ade pulak manusia cmni kn..hot je dgr..
cinta kt org lain.tubuh utk org lain..da xpyh nk kesal kn nasi pn da jd bubur..len kali iktkan nafsu sgt.binasa bdn..erkk sory teremo lak..:)

Shila berkata... Reply To This Comment

sengal si zack..nak lari dari masalah sendiri..

demm...

kat umum boleh die bgtau B tu kawan berbual je..

berbual sambil raba-raba kot?

aduyaii~~

FARHANA berkata... Reply To This Comment

ada plak maknosia mcm 2 kn?bila nafsu menguasai diri..apa2 bole terjadi

apdm berkata... Reply To This Comment

salam

kesimpulannya mudah,, duhai wanita-wanita, jangan jadikan lelaki sebagai teman... tidak ada istilah persahabatan antara lelaki dengan perempuan melainkan akan dihadirkan satu lagi perasaan lain di antaranya.

RastaMat berkata... Reply To This Comment

depa berbual bukan guna mulot..
depa guna bahasa badan (body language)..
tu pasai la B sampai mengandung..

hyazz berkata... Reply To This Comment

macam2 hal kan... dah pandai wat tu kenalah tanggung... cinta tak cinta blkg hal... yg penting selamatkan janin tu dulu...

Unknown berkata... Reply To This Comment

Pendekar pun pening kalau pendekar dalam situasi macam ni..

hahaha..

apa yang kita boleh buat.. yang mampu kita tolong untuk selesaikan masalah dia..

nasihatkan jela dia... huhu..

RaRa ShAhErA berkata... Reply To This Comment

ish xda moral btl laki tuh.msa bt xpk pon skrg dh jd cmnih bru kalot..

CahayaCintaIlahi berkata... Reply To This Comment

last2 pompuan jadi mangsa
apa susah kahwen la dua2 sekali
huhu .. ;))

kpah k-poh Sharifahnor berkata... Reply To This Comment

kurang didikan agama ni...kalah dgn nafsu..Nak buat mcm mana??? dah dua2 tu pun rela..kena lah bertaqnggungjawab..

tengkorakemas berkata... Reply To This Comment

hm..nampaknya zack cuma risaukan persoalan cintanya..

semoga dia tak ulang lagi maksiat tu

qasehraihan berkata... Reply To This Comment

uiii..gila lelaki ni...awal2 sudah makan..jwpnny:

1)taubat nasuha
2)kawen dgn B, jd bapa mithal,kalau ggurkn..jadi 2x dosanya..
3)mintak izin wife (B) kawen jg dgn A...dh mkn dua2..mksudya duit bykla tu..mesti mmpu kn 2..hehe

Lydia Miza berkata... Reply To This Comment

saper suruh ikut nafsu?cehh.kawen je 2-2.

Murni Alfathunnisa berkata... Reply To This Comment

hai zack..zack...dulu dgn azura...ni dah A dengan B pulak..huhu...

mengong gak si zack ni..dah terang2 buat dosa, nak jugak tambah dosa lagi..apa lagi be gentleman lah, bertanggungjawab, bawak bertaubat, lupakan A..kahwin dengan B...mengong mamat ni...pelempang kang!

tehr berkata... Reply To This Comment

teman berbual sampai macam tu sekali jadinya
bahaya sungguh cara orang berbual sekarang ni

Nadia berkata... Reply To This Comment

ciannya kat b T__T
tulah laki

Rain berkata... Reply To This Comment

nak akhir zaman ..mksiat macam2 jenis...

Surie berkata... Reply To This Comment

astaghfirullahalazim..tamak haloba btul si zack ni..siap ade plan nak gugurkan kandungan B plak..bro, ko dh berdosa zina, xkan nak tambah dosa lagi kot..ko kawin je la dgn dua2 skali..smoga ko insaf dan xde la si C and D plak pstu

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com