Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Khamis, 14 April 2011

Disebalik Entry Kosong

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Idea untuk menulis sesuatu perkara sering kali datang dan pergi. Ada idea yang datang blogger sempat untuk menterjemahkannya ke dalam bentuk tulisan lalu berkongsi bersama pembaca-pembacanya. Ada juga idea datang tapi tak dapat dikongsi berikutan masalah untuk mengolah idea tersebut.

Maka apabila timbul situasi tak boleh mengolah itu, kebanyakkan blogger mengambil jalan mudah iaitu copy berita semasa (macam Belalang la) dan juga berkongsi sesuatu perkara yang sangat santai yang berlaku di sekeliling penulis blog tersebut. Santai disini bermaksud kisah yang dialami oleh blogger itu pada persekitarannya.

Korang mesti pernah bacakan entry seperti "pagi tadi aku naik LRT lepas tu aku bla...bla..bla.." atau pun "kemarin time aku lalu satu jalan ni aku jumpa pak cik jual durian sedang bla...bla...bla..."

Jangan kata tak pernah lak jumpa entry-entry begitu. Pegi la mana-mana blog hatta blogger glemer pun ada yang selalu buat entry yang pada kita yang membaca terasa seperti entry itu hanya entry kosong. Tiada apa-apa ilmu atau pengajaran pun dalam entry itu.

Motif entry itu kadang-kadang hanya sebab nak kasitau dia bangun awal hari ni, atapun nak kasitau dia tak boleh tidur, atau jugak hanya nak kasitau dia lambat naik LRT. Tapi Belalang tak pernah jumpa lagi entry wanita yang kasitau makan malam yang disediakannya terlajak hangit gara-gara asyik berblog. Hehehe...

Betul, jika kita baca dengan hati yang kosong, kita akan melihat perkara itu juga sesuatu yang kosong. Namun jika kita membaca dan mendalami entry yang sebegitu, sebenarnya tetap ada makna yang tersirat. Hanya diri kita sendiri yang memilih untuk menjadikan entry sebegitu tauladan atau sebaliknya.

Contoh yang paling mudah ialah entry ini. Korang rasa entry ini hanya entry kosong yang buang masa je baca atau ada sesuatu dalam entry ini? Tepuk dada tanya hati sendiri. Ingat apa yang Belalang cakap. Kalau korang baca dengan hati yang kosong maka kosonglah yang korang perolehi. Namun jika sebaliknya, mungkin ada sedikit tauladan atau pengajaran yang korang boleh jumpa.

6 comments:

tengkorakemas berkata... Reply To This Comment

entri ni kosong?apsal TE nampak emas?sebagai lanun yg terulung maka peluang ini tak boleh dilepaskan.

tiba2 dapat idea nak olah pasal ranking malaysia tu he

Lydia Miza berkata... Reply To This Comment

entri sis hari2 kosong..huhu

kpah k-poh Sharifahnor berkata... Reply To This Comment

setiap blog yg akak singgah..mesti akak baca entry..kecuali ada entry yg akak dah baca kat akhbar..(mcm blog belalang) heee...tidak ada satu blog pun yg akak terlepas membacanya..( tapi kdg2 tak habis..bila terlalu berjela atau tulisan kecik atau ada widjet melayang2 ganggu mata rabun akak ni..)Sbb tu lah akak suka subscribe melaui email...akak boleh baca kemudian..dan blogwalking dulu....gitu...

sud@is berkata... Reply To This Comment

dah baca spai habis, x jumpa juga belalang..hehe

Mia Liana berkata... Reply To This Comment

hmmm entri belalang ni bukan kosong. banyak tersirat... topik perbincangan. setiap orang ada pendapat masing2. ada yang suka letak gambar... hehhehe macam mia.

ada yang suka tulis berjela2...semuanya terpulang kepada pengunjung nak baca ke tak...

nini berkata... Reply To This Comment

yeah...sesuatu itu kalau dicari dan dinilai dalam sudut positive kita akan dapat positive dan begitulah sebaliknya....even syaitan pun ada positive dia...=D

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com