Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Sabtu, 9 April 2011

Identiti Sesebuah Blog

Assalamualaikum dan salam sejehtara. Korang tentu tau dan faham apa maksud perkataan 'identiti' kan? Identiti bermaksud gaya atau ketrampilan seseorang yang mencerminkan itu adalah dirinya. Kalau rujuk Kamus Dewan Bahasa pula identiti diterjemahkan sebagai - /idéntiti/ 1 aspek-aspek tertentu (tingkah laku, cara berpakaian dsb) yg dpt menunjukkan sifat diri seseorang; keperibadian: Penyanyi biasanya mempunyai ~ yg tersendiri (edisi kedua)

Dalam dunia blog pun kita sering saja membaca beberapa penulisan baik daripada blogger yang dah terkenal atau yang baru meningkat naik bahawa blog perlu ada identiti tersendiri. Tapi macam mana nak create identiti kita sendiri dalam dunia blog ni?

sebagai contoh kalau Belalang sebut Ben Ashaari, apa yang korang dah terbayang? Ya, tidak syak lagi seorang blogger yang suka membuat segmen dan entry yang santai. Dan satu masa dahulu juga jika dengar nama Ben kita dah terbayang di blog dia ada seorang lelaki pakai baju putih sangat segak dengan berlatar belakangkan warna blog merah. Lagi satu contoh Belalang sebut blogger Kujie@Kak jie. Ha, dah tentu pula kita dah terbayang tentang sebuah blog yang gaya bahasanya sangat mudah untuk difahami tetapi mempunyai maksud tersirat. Ibarat seorang ibu yang sedang sedang menuturkan kata-kata hikmat kepada anaknya. Hee...

Indentiti blog ni bagi Belalang boleh diterjemahkan dalam pelbagai-bagai bentuk. Tak semestinya hanya menyentuh kepada susunatur atau gaya bahasa. Isi kandungan blog juga memainkan peranan dalam membina identiti blog. Contoh lagi blog Tube lawak dan Telor Dibasuh. Sebut nama blog pun korang dah tau dan boleh agak apa isi blog itu kan? Contoh terakhir adalah blogger Kak Pah. Sapa yang kenal Kak Pah sure tau yang kebelakangan nih Kak Pah begitu aktif me'riview' blog-blog baru atau yang dikenalinya. selain itu Kak Pah juga antara blogger yang mempunyai pelbagai blog dimana setiap satu mempunyai gaya persembahan yang berbeza dari satu-satu blog. Mungkin ini satu hari nanti akan jadi identiti Kak Pah? Bila orang sebut jer Kak Pah, blogger lain dah terbayang "Oh, blogger yang suka tolong review blog tu? Memang baik la dia tu, suka tolong orang" (Kak Pah sila senyum cepat sebab Belalang sedang puji anda).

Ada juga blog yang terkenal disebabkan setiap entrynya banyak gambar-gambar yang menarik. Senang cakap dengan adanya indentiti sendiri yang kita bawa dalam dunia blog ini, pembaca blog akan lebih mudah mengingati kita. Cuba korang bayangkan dalam dunia blog yang mempunyai beratus ribu blog ini, jika pembaca blog boleh mengingati blog korang bermakna adalah tu sesuatu ciri atau identiti istimewa anda yang telah melekat di hati pembaca itu. Jadi cuba renung-renungkan apa istimewanya blog korang? Dan korang rasa blog bawah tanah nin dah ada satu identiti yang tersendiri tak?


p/s-cakap senang la tapi nak create sesuatu yang berbeza dari berpuluh-puluh ribu blog tu la yang susah dan mencabar sebenarnya :-)


39 comments:

kpah k-poh Sharifahnor berkata... Reply To This Comment

Alahai..bukan senyum dah..tapi gelak sakan nih..Setuju dgn entry ni..nak cipta jenama / identiti sendiri memang perit..sbb ribu riban bloggers dlm dunia blog ni..Belalang pun punya identiti sendiri..sbb mana ada org lain yg bersuara bawah tanah.. hanya "org-kg kubur" saja yg "bersuara" bawah tanah...heeee..

qasehraihan berkata... Reply To This Comment

mak aih..terus terasa..
sbb my entry smua merapu...hahah

hai blalang..

Rain berkata... Reply To This Comment

bila sebut belalang , 1 je lam pale rain.. --> nakai sunguh la dy ni... bila la nk stop bahan aku hahaha

n honestly , u r my bes fren la belalang.. i trust u very high ..ngee

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@kpah k-poh

hahaha apa2 jela kak pah...ngee

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@qasehraihan

belalang lagi la...semua entry copy paper jer...wakakaka

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@Rain

wah rain! thanks!
pas ni kene buat sajak or puisi utk belalang pulak le nampaknya...huhuhu

Amira Anorah berkata... Reply To This Comment

hmmmmm..saya masih tercari cari identiti diri..
kadang -kadang merapu..kaang2 rasa macam meniru orang...

mungkin kena uasaha lebih lagi..

nuriz berkata... Reply To This Comment

suka sgt entri ni hehe
sebut saja belalang, nampak dah dlm pikiran belalang hijau perisik heee

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

entry merapu.. kekeke.. takde yang istimewa kot.. hehhe...

puanbee berkata... Reply To This Comment

susah woo nk cr identtiti tak pa lah pelan2 cari biar semulajadi jgn nanti terikut cr org sudah hee!

Rain berkata... Reply To This Comment

nak ke puisi?..

nnt rain buat khas.. komisen dia nk tgk muka belalang heheh.. deal?

Cikgu Jaja™ berkata... Reply To This Comment

blog sy biase2 saje.. happy bile ad yg sudi mbaca..mudah2an ada saham utk bekalan di akhirat kelak :)

gnesop berkata... Reply To This Comment

Identiti yg berlainan dari org lain menjadikan ia lebih unik. Betuk tak belalang?

Firdaus Kasim berkata... Reply To This Comment

identiti nie hanya org lain yg boleh menilai..

minta jasa baik belalang bgtau saya tentang first impression belalang bila masuk blog sy dan identiti apa kt blog sy tue? thanks

Salah satu entri paling hot firdauskasim.com
Cara-cara menambahkan ketinggian badan

Mia Liana berkata... Reply To This Comment

terfikir juga.. mia punya identiti ok tak? heheheh.. penat senyum ni sampai merebeh pipi...

yang penting kita semua happy... (tak tahu lah yang ni ada kaitan ke tak..)

Ingat senyum... ingat mia... (uikk jangan sampai takleh tido plak malam ni)

p/s: hmmm tetiba terpanjang lak taip tanpa disedari...

Uji Hussein berkata... Reply To This Comment

Cuba belalang keluar dari bawah tanah pastu gi kat blog saya.Agak-agak pa ek identiti saya?

Ayie berkata... Reply To This Comment

blog belalang ialah blog kaler ijau yang suka bikin entry pasal hal isu semasa.. uhh.. itu kira identiti laa.. hahaha


Meh usha entry aku.. Akhrinya..!!, Ibu saya, dia selalu tipu saya!, dan 5 Sebab anda patut maafkan pasangan anda

tengkorakemas berkata... Reply To This Comment

ada satu benda yg TE ingat pasal blog bro belalang sekarang..terutama bila TE outstation ke ecece..

mesti p blog ni nak tau keputusan liga super ke FA ke..hehe

keputusan BPL pula, memang TE lagi cekapla keh3

cik tom berkata... Reply To This Comment

setiap blog mempunyai identiti masing2 yg tersendiri...cik tom plg suka n3 blog belalang yg mempunyai sindiran secara halus...

dulu sebut je belalang..ciktom terbayang background theme yg seram tue..hehee..

Ellen berkata... Reply To This Comment

Kalo bagi Ellen , tidak pernah ada identiti..sebab bagi Ellen, blog2 ni just for fun dan cari kawan...juga cari makan..hahaa..yer ka...apa pun yang penting ialah semangat persahabatan itu yang penting...kan kan Belalang...

p/s..identiti belalang sukar dikesan sebab asyik bertopengkan Belalang..apapun i like!!!hehhee

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@Amira Anorah

xpe pelan2 la merangkak...dia akan wujud sendiri atau org lain yang lebelkan sesuatu kpd blog amira :)

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@nuriz

terima kasih nuriz...
belalang lak klu sebut nuriz akan terbayang blog color oren dan biru pastu segala hot news cepat jer dia publish...huhuhu

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@Cekodok

ade lagi ke blogger lain nama cekodok? leh d pggl identiti jugak tu.

tp sesuatu yg belalang plg igt psl cekodok ialah dia pernah buat entry psl 'BULU'!!!

siap ade gambar lagi...yek!

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@puanbee

tips dari denaihati lak kata klu nak bina identiti mula dgn drop komen yg bernas d blog blogger lain...hee

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@Rain

bukak topeng punya pasal, kansel terus! hahaha

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@Faezah Hannah Al Baj

bagus la mcm tu...kekalkan la berkongsi sesuatu yang berguna kpd pembaca2 blog faezah...

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@sop

betul tu sop... :)

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@Firdaus Kasim

kadang2 kita sendiri pun boleh create identiti itu.tp x pasti la pembaca perasan atau tak dgn identiti yang cuba kita ketengahkan...hee

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@Mia Liana

belalang lak klu sebut mia liana, terus terbayang blogger yg suka tukar2 header blog dgn mcm pakaian d samping pasangannya...hahaha

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@Scarlett O'Hara

bila sebut scarlett lak belalang terbayang d entry blog dia ada seseorang gambar lelaki yg sedang dia cari...boleh pggl identiti jugak ke itu? huhuhuhu gurau je ye...

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@Ayie

yeke bro? terima kasih ye sebab boleh igt belalang dgn perkara begitu...hee

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@tengkorakemas

betul tu TE...sengaja belalang update result bola kita sebab belalang nak mengangkat martabat bola sepak kita setaraf EPL...chewah...hahaha

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@cik tom

hehehe template yg lama tu ade yg takut...blogger mak lagenda mahsuri smpi x berani dtg sini la psl dulu ade pic pompuan tengah jerit kat sebelah s/mix...hahaha

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@Ellen

ellen lak belalang leh igt

SEGALANYA KU LUAHKAN D SINI...hee

tp yg pasti ellen sorg blogger yg friendly... ;)

Murni Alfathunnisa berkata... Reply To This Comment

blog belalang beridentitikan belalang bawah tanah itself..hijau & hitam..hijau untuk belalang dan hitam sebab di bawah tanah...muehehee...jawapan nak kena luku kepala neh...hehehe...

Firdaus Kasim berkata... Reply To This Comment

belalang x leh bgtau ke apa identiti sy?

Nuffnang pandang serius pada entri "Rahsia Terbongkar Nuffnang"

Mia Liana berkata... Reply To This Comment

alamak... lepas ni dah takleh main sembunyi2 la kalau belalang jumpa mia kat luar... jangan lupa tegur tau!

Lagenda berkata... Reply To This Comment

Belalang OOo belalang!

agak2 belalang, blog mak tu ada identiti x belalang? Hahaha..

Sebut belalang, mak ingat belalang yg selalu misteri ajelah~x pernah tgk muka kecuali topeng muka

RastaMat berkata... Reply To This Comment

blog kaler ijau itam ade gambor belalang @ pelesit..

oh tu lah blog pak belalang..

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com