Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Khamis, 7 April 2011

Pegawai Imigresen Rasuah: Lapan Dihadap Ke Makhamah

Lapan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia termasuk seorang wanita dihadapkan ke tiga Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima suapan sebanyak RM122,140 daripada pemandu feri dan orang perantara bagi memudahkan kemasukan para penumpang warganegara Indonesia ke Malaysia antara April dan September tahun lalu.


Mereka ialah Md. Shahrizal Che Dan, 26; Ahmad Zahed Abd. Alim, 28; Mohd. Khairul Haqimie Kamarudin, 26; Azmer Mahadi, 28; Mohd. Hafiz Zakaria, 27; Nor Shahazlina Sulaiman, 25; Mohamad Huzzail Ahmad, 31 dan Mohamad Izwan Shah Samsuri, 25.


Kesemua mereka yang bertugas di Bahagian Perkapalan, Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan.


Untuk memaca berita penuh, klik sini.

-----------------------------------------

Semoga tiada lagi imigesen atau kastam yang lakukan hal ini. Rosak nama baik dua badan beruniform ini akibat perbuatan segelingtir kakitangan yang tidak bertanggjawab ini.

1 comments:

Anis izyan Abd Rahman berkata... Reply To This Comment

macam mane kalo sprm sendiri yg makan suapan??? tak penah heboh pon

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com