Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Rabu, 6 April 2011

Pegawai Kastam Maut Jatuh Bangunan SPRM

Seorang pegawai kastam ditemui mati dipercayai akibat terjatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). TAk pasti pula Belalang adakah bangunan ini bangunan yang sama dengan kes Teoh Beng Hock yang hingga kini masih berjalanan kesnya di makhamah.

Di bawah beberapa berita tentang perkara ini yang Belalang ambil dari dua akhbar online-

-----------------------------------

Seorang lelaki berusia 55 tahun dipercayai terjatuh dari tingkat tiga Bangunan SPRM Jalan Cochrane, di sini.

Mangsa dipercayai Penolong Pengarah Kastam Pelabuhan Klang datang ke pejabat SPRM untuk berjumpa pegawai penyiasat, tetapi bukan untuk disiasat. 

Unit Forensik tiba jam 12.30 tengah hari, sebelum pasukan Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia tiba 10 minit kemudian


Sinar Harian

****************

Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, dan dibebaskan dengan ikatjamin dua hari lalu, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibunegara pagi ini.
Mangsa tersebut difahamkan adalah seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKDM) Selangor

Berita penuh di Malaysiakini.

------------------------------

seperti biasa kita jangan memandai-mandai buat spekulasi atau tuduhan melulu. Biar pihak berwajib jalankan kerja tugas siasatan mereka.


7 comments:

tengkorakemas berkata... Reply To This Comment

no komen..

nuriz berkata... Reply To This Comment

jatuh di bangunan yg sama ke..pelik bin ajaib ni..ada hantu ke..huhu

Lydia Miza berkata... Reply To This Comment

al-fatihah buat rohnya..

Unknown berkata... Reply To This Comment

pergh...meletops jadi isu politik ni kang...serius...

Firdaus Kasim berkata... Reply To This Comment

aku rasa SPRM dgn kastam nie ada sesuatu yg terjadi.. cuma x didedahkan kepada umum

Entri Terbaru Saya :
Video Seks Anwar : Permainan Politik yang Jijik dan Memalukan!

qasehraihan berkata... Reply To This Comment

mcm2 ek..hoho

CIK TOM berkata... Reply To This Comment

aik pelik...hurm...

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com