Di bawah Belalang sertakan berita mengenai hal itu.
----------------------------------------
Kerajaan pusat akan membangunkan Pulau Pinang sebagai bandar metropolis ketiga dalam negara, selepas Lembah Klang dan Johor Baharu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh Badan Pelaksana Koridor Utara (NCIA), Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) dan Khazanah Nasional Bhd. dipertanggungjawabkan untuk mengkaji pelaksanaan rancangan itu.
"Jawatankuasa ini akan membuat laporan kepada Majlis Ekonomi mengenai hasil kajian itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jamuan Mesra Rakyat di Kampung Permatang Pasir di sini, hari ini.
Beliau berkata, pembangunan bandar metropolis itu dijangka dapat meningkatkan lagi pelaburan di Pulau Pinang, dan menurutnya ini membuktikan bahawa kerajaan pusat tidak meminggir, malah sentiasa berusaha memajukan Pulau Pinang.
- Bernama
3 comments:
hai... makin sesak la nampaknya penang nanti...
maybe lepas nih seluruh PP hanya dihubungkan menggunakan tren je kot..
Pulau Pinang pernah mendapat status sebagai BANDARAYA PERTAMA di Malaysia dan juga pernah menikmati status sebagai PELABUHAN BEBAS. Kedua-duanya kemudian ditarik balik.
Pada awalnya Pulau Pinang TIDAK TERSENARAI dalam NCER, tetapi dimasukkan kemudian. Pulau Pinang sepatutnya telah lama diiktiraf sebagai sebuah metropolis, bukannya sebagai metropolis Ke-3 selepas Johor Bharu.
Catat Ulasan