-------------------------------------------------
Malaysia tergelincir ke tangga 144 ranking yang dikeluarkan FIFA hari ini iaitu jatuh enam anak tangga berbanding kedudukan Mac lalu.
Aksi terakhir perlawanan antarabangsa Kelas A membabitkan Harimau Malaya adalah dengan Hong Kong pada Februari lalu untuk mengumpul 144 mata.
Lawan serantau iaitu Thailand, Indonesia dan Singapura turut mengalami penurunan.
Thailand berada di kedudukan ke-120 dan Indonesia ke-130 sementara Singapura berada di bawah satu anak tangga dengan Malaysia dengan perbezaan empat mata.
Sepanyol kekal sebagai kuasa bola sepak terulung diikuti finalis Piala Dunia, Belanda. Brazil pula memanjat dua anak tangga untuk berada di tempat ketiga manakala Itali kembali dalam kelompok 10 terbaik.
-Metro
-----------------------------------
Kerapkan lagi adakan aksi persahabatan di peringkat antarabangsa. Pasukan menjadi mantap, ranking juga akan bertambah baik.
2 comments:
FAM ni malas buat keje..lenkali buat la frenly dgn negara, bukannye kelab..
aduh...come on bila lagi nak lawan ni..
Catat Ulasan