Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Sabtu, 16 April 2011

Remaja Lelaki Maut Kemalangan Di Lebuh Raya

Seorang remaja lelaki maut, manakala rakan wanitanya cedera apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan tercampak ke dalam longkang di KM 232.5 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kuala Kangsar di sini hari ini.

Pemandu kereta Toyota Vios itu, Hor Juin Yoong, 19, cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian, manakala remaja perempuan Joanne Poa Wen, 18, kini dirawat di Hospital Kuala Kangsar.

Ketua Polis Trafik Perak Supt Wan Abdullah Ishak berkata, Hor berasal dari Ipoh manakala Joanne dari Taiping dan ketika kejadian pada pukul 9.50 pagi itu, mereka dalam perjalanan dari Taiping ke Ipoh.

Kereta itu dikatakan gagal dikawal lalu terbabas dan tercampak ke dalam longkang ketika menuruni bukit, katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, anggota bomba dan penyelamat terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dalam kereta itu.

Mayat Hor dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dibedah siasat.

0 comments:

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com