Lain yang hendak diberkas, lain pula yang menyerah diri! Begitulah yang berlaku apabila serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) untuk memberkas isteri curang, tapi pasangan lain yang berada di rumah berhampiran pula keluar menyerah diri.
Begitulah yang berlaku apabila serbuan dilakukan di sebuah rumah teres di Taman Pondok Hidayat, Kampung Chawah, di sini, kira-kira jam 11.30 malam kelmarin, untuk menahan seorang wanita yang didakwa membawa masuk lelaki ketika suaminya tiada di rumah.
Bagaimanapun, ketukan kuat oleh sepasukan penguat kuasa agama diketuai Roslee Ismail bersama tujuh anggota mengejutkan pasangan yang sedang berkhalwat di rumah berhampiran dan keluar menyerah diri.
JHEAIK yang tidak menduga kejadian itu terus menahan pasangan berkenaan selepas didapati mereka bukan muhrim dan penguat kuasa mendapati rumah sasaran mereka iaitu isteri yang dikatakan curang, tidak berpenghuni.
Mengikut sumber, JHEAIK menerima maklumat berhubung perbuatan curang seorang wanita yang disyaki sering membawa pulang lelaki ke rumah sebaik suaminya melakukan urus niaga di luar Kelantan.
Sebaik tiba, mereka mendapati suasana di sekitar rumah suspek utama, sunyi dan gelap menyebabkan Roslee terpaksa mengetuk pintu selama 10 minit sambil memperkenalkan dirinya sebagai anggota penguat kuasa agama.
Ketika Roslee memberitahu untuk menghubungi pihak polis jika masih enggan bekerjasama, pasangan yang berada selang dua pintu daripada rumah itu keluar menyerah diri.
Sementara itu, pegawai JHEAIK Tanah Merah, Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan mengenai penangkapan itu.
Khamis, 5 Mei 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 comments:
hoho smpi cmtu sekali ek
adehh takot kantoi
serah diri terus kan huhu ;)
HAHAHAHAHAHAHA..
Catat Ulasan