Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Sabtu, 14 Mei 2011

Dibelasah Senior Hingga Patah Tulang Rusuk

Seorang pelajar Tingkatan Tiga mendakwa dibelasah sehingga patah tulang rusuk oleh sekumpulan pelajar senior yang menuduhnya kurang ajar dalam satu kejadian buli di asrama sebuah sekolah menengah, di sini, pagi kelmarin.

Mangsa turut diugut akan dibelasah lebih teruk jika tidak mengikut arahan sebelum dibenarkan pulang ke bilik asrama dalam keadaan menahan sakit.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, Suffi Shukairi Abdul Hakim, 15, mendakwa ditampar, dada dan perut ditendang selain badannya dipijak walaupun merayu meminta belas ihsan tetapi tidak dihiraukan enam pelajar terbabit.

Malah, pelajar malang itu turut dipukul seorang daripada kumpulan pelajar senior berkenaan kira-kira jam 10.30 malam Selasa lalu, dan mengalami sakit dada akibat kejadian berkenaan.

Mangsa dari Tanjung Besar, Benta, di sini, mendakwa dipukul bertubi-tubi dan tidak seorang pun berani membantu kerana takut menjadi mangsa kerakusan pelajar senior berkenaan.

“Mereka tuduh saya ponteng. Saya tidak ponteng tetapi mendapat cuti sakit kerana sakit dada selepas ditampar dan dipukul mereka yang menuduh saya kurang ajar selepas saya berkata, ‘tak pe la nanti saya buang’ apabila disuruh membuang sampah malam Selasa lalu.
“Saya tidak memaklumkan kejadian itu kepada guru kerana bimbang dan keesokannya saya dibawa ke Hospital Kuala Lipis oleh seorang guru selepas demam serta sakit dada dan diberi cuti sakit,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau juga mendakwa, turut dipanggil seorang daripada pelajar senior supaya pergi ke bilik mereka kira-kira 12.45 pagi kelmarin (Khamis) dan disoal mengapa tidak hadir ke sekolah pada Rabu lalu.

“Saya memaklumkan cuti sakit namun mereka mempersoalkannya dengan berkata ‘banyak pula sakit kau’ dan turut mengungkit mengenai kejadian pada malam Selasa lalu dan berterusan menuduh saya kurang ajar,” katanya yang membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Lipis kira-kira jam 4 petang, kelmarin.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan Mohd Haris Daud, ketika ditemui mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

2 comments:

mama aini berkata... Reply To This Comment

mama pernah tinggal diasrama n pernah kena buli..sek.men...akhirnya tinggal kat luar ngan auntie..ape nak jadi ngan org kita sekarang ni?..kalau ank mama,yg lalukan..mama belasah dia balik..walaupun ank mama sendiri..ajar dia sikit!!..

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@MaMa AiNi

bebudak zaman skrg ni yang semakin extreme rasanya.bnyk sgt terdedah dgn filem2 eksyen kot...

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com