Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Sabtu, 14 Mei 2011

Dirogol Dua Lelaki

Dalam keadaan kaki dan tangannya terikat, seorang pemuda hanya mampu menahan sebak mendengar jeritan kekasihnya dirogol dua lelaki dalam sebuah rumah kosong di Telok Jawa, Seri Alam, di sini awal minggu ini.

Sebelum kejadian kira-kira jam 2.25 pagi Isnin lalu itu, kereta dinaiki pasangan terbabit dihampiri dua lelaki menunggang sebuah motosikal ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat sambil seorang suspek mengacukan pisau ke arah mereka sebelum merampas kereta dan memandunya ke rumah kosong berkenaan diekori rakannya menunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata tiba di lokasi kejadian, teman lelaki mangsa berusia 26 tahun terus diikat manakala kekasihnya yang juga ibu tunggal berusia 24 tahun diheret ke dalam rumah berkenaan sebelum dirogol bergilir-gilir.

"Selepas merogol, dua suspek melarikan diri bersama pelbagai barangan milik pasangan terbabit. Mangsa kemudian bergegas membuat laporan di balai polis berhampiran. Susulan itu, satu pasukan khas ditubuhkan dan dalam tempoh sembilan jam, dua suspek berusia 25 dan 33 tahun berjaya ditahan.

“Mereka diberkas di sebuah rumah dekat Jalan Bayan, di sini. Siasatan lanjut mendapati seorang daripada suspek mempunyai lapan rekod jenayah curi kenderaan, pecah rumah dan menyebabkan kematian. Bekas banduan itu juga pernah dikenakan tindakan buang daerah di Petaling Jaya pada 2006. Mereka kini direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Bercakap pada sidang media, di sini semalam, beliau berkata, ibu tunggal yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta itu kini masih trauma dengan kejadian berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 396/397 Kanun Keseksaan kerana samun dan Seksyen 376 kanun sama kerana merogol.
Dalam kes berasingan, polis memberkas enam lelaki berusia 20 hingga 35 tahun yang disyaki terbabit sekurang-kurangnya 10 kes samun bersenjata di sekitar Seri Alam dan menemui pelbagai barangan termasuk sebilah parang digunakan dalam jenayah mereka selain tiga telefon bimbit dan 17 kotak rokok dipercayai hasil samun.

13 comments:

cacing berkata... Reply To This Comment

apa la nasib.. jadi tuk peringatan agak2 ada orang tetiba tahan kete kite, baik rempuh je... mati kena rempuh ke ape belakang cite, terus g balai.. senang...

cacing berkata... Reply To This Comment

apa la nasib.. jadi tuk peringatan agak2 ada orang tetiba tahan kete kite, baik rempuh je... mati kena rempuh ke ape belakang cite, terus g balai.. senang...

cacing berkata... Reply To This Comment

apa la nasib.. jadi tuk peringatan agak2 ada orang tetiba tahan kete kite, baik rempuh je... mati kena rempuh ke ape belakang cite, terus g balai.. senang...

Azlan Strider berkata... Reply To This Comment

ishhh..ape nak jadi laa zaman skunk nie..kat traffic light pun bleh kena hijack semata2 nak merogol..isk..isk..

Regards,
-Strider-

annazanariah berkata... Reply To This Comment

pengajaran jugak--- jgn keluar lagi after kul 12am.. tak kira la dating ke, ape ke.. lainla kalau da kecemasan kan.. mungkin sebagai salah satu cara nak prevent dari kes camni.. takottnyaa..

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@cacing

betul jugak tu...xde apa sebab dan rasa curiga x yah berhenti pun x pe...

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@Azlan Hasan

itu la...manusia semakin berani atau semakin hilang pedoman?

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@annazanariah

ahah! sangat2 setuju dgn stetment anna...hee

Mashe berkata... Reply To This Comment

erk.. takotnya...

mama aini berkata... Reply To This Comment

jenayah semakin menjadi2..pendatang asing juga semakin ramai..sentiasa lock kereta..n sediakan sesuatu utk keselamatan bila diperlukan didlm kereta...spt kayu besball ke ..senang nak hempuk kepala penjenayah tu...he..he !!.

CUCU TOK WAN berkata... Reply To This Comment

pi ler lagi dating... pi ler lagi jumpa boyfriend... pi ler lagi dengan kehidupan bebas dan tidak terkongkong...

akhirnya terkangkang, dikangkangkan oleh mat kangkang... pastu baru nak cerita trauma pasal kena kangkang secara paksa...

aku cakap senang saja... PADAN MUKA... dah memang menempah celaka sejak dari awal lagi... tak ada simpati daripada aku kepada golongan yang terjebak dengan masalah sebegini setelah mereka sendiri mencari masalah tersebut.

nak hidup cara orang barat konon yang ada elemen bebas pergaulan... rasakanlah... nak berkawan-kawan, berdating-dating, berjumpa-jumpaan, nak berpegang-pegangan, berpeluk-pelukan dan bercinta-cintaan di dalam kereta dan di tempat awam...

Waktu subuh lak tuh... pukul 2.25 pagi... apa maknanya tu? Bukankah namanya memang menempah untuk dicelakakan?

Jadi... padan ler muka!!!

mujur tak dipotong dan dagingnya digantung-gantung dan disalai-salai...

ibh_sue berkata... Reply To This Comment

Kesiannya...Takut betul la zaman sekarang ni..macam-macam hal...

Mustaffa Khairul Azzam berkata... Reply To This Comment

setuju ngan komen Cucu Tok Wan tue... yang salah tetap salah tapi kenapa si mangsa tue memang menempa nahas la kalau ikutkan akal logik kan~~

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com