Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Jumaat, 6 Mei 2011

Gadis 20-an Buang Mayat Bayinya Baru Lahir

 Kecurigaan seorang pekerja sebuah kedai perabot di pekan ini melihat perbuatan seorang wanita mundar- mandir ketika menghampiri tong sampah tidak jauh dari kedai itu terjawab apabila dia menemui mayat seorang bayi lelaki baru lahir dalam tong sampah berkenaan.

Mayat berkenaan dijumpai dalam beg plastik, dipercayai dibuang perempuan berusia awal 20-an terbabit sejurus selepas ia dilahirkan, kira-kira jam 5 petang kelmarin.

Pekerja wanita berusia awal 40-an itu mengesyaki sesuatu apabila terlihat perempuan terbabit membawa bungkusan dan menghampiri tong berkenaan sebelum memaklumkannya kepada majikannya.

Atas nasihat majikannya, pekerja berkenaan memeriksa bungkusan dalam tong itu dan terkejut apabila mendapati ada mayat bayi di dalamnya.

Sepasukan anggota polis yang dihubungi, bergegas ke tempat kejadian menemui mayat berkenaan dalam keadaan masih bertali pusat.

Berdasarkan maklumat awal pekerja terbabit, polis menahan wanita berkenaan tidak jauh dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamed, berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai melahirkan bayi berkenaan dalam tandas awam tidak jauh dari kedai perabot itu.

"Suspek dirawat di Hospital Keningau, manakala mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) di Kota Kinabalu untuk dibedah siasat," katanya di sini semalam.

Suspek ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyembunyikan kelahiran bayi.

Suspek yang berasal dari sebuah kampung dekat sini, dikatakan mempunyai teman lelaki.

0 comments:

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com