Polis akan menyiasat dan mengambil tindakan yang perlu berhubung dakwaan dua blogger tempatan berkaitan isu agama yang disiarkan di muka hadapan sebuah akhbar tempatan hari ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar menasihati orang ramai supaya berhati-hati apabila menimbulkan isu-isu sedemikian dan bersedia menghadapi tindakan. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai laporan akhbar Utusan Malaysia yang memaparkan tajuk "Kristian agama rasmi?" selepas melancarkan program papan iklan dalam konteks pencegahan jenayah di Wangsa Maju
di sini.
Khalid turut mengingatkan semua pihak supaya tidak menimbulkan sebarang isu sensitif berkaitan agama kerana hal berkenaan boleh merosakkan keharmonian di negara ini. "Kita tidak boleh biarkan isu-isu sebegini dimainkan oleh mana-mana pihak... jadi saya nasihatkan supaya jangan cuba bermain api nanti terbakar
tangan," katanya.
Khalid berkata apa jua isu berkaitan dengan agama, jika tidak ditangani dengan betul, akan menjadi ancaman kepada ketenteraman awam dan polis tidak akan membiarkan perkara itu.
Sabtu, 7 Mei 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 comments:
asal ngra niyh kat tanah melayu mane leyh suke2 eahhh ape la =,=
Assalam..
Adakah hak kita semakin terhakis walaupun di tanah air sendiri?
peliklah dorunk nie...tak reti bersyukur
Bagus lee, harap2 nih sebagai pengajaran kepada orang lain supaya ''tak memalu gendang perang''.. Bahaya tuh.. SIlap silap hilang keamanan kat malaysia nih..
perkara ni sukar utk dibincangkan..sensitif sangat2...
Catat Ulasan