Seorang lelaki tidak hanya ditetak berulang kali di kepala hingga mati, malah perutnya dibakar oleh penjenayah hingga hangus sebelum ditinggalkan di taman permainan kanak-kanak di sini, pagi semalam.
Mayat mangsa ditemui sekumpulan warga emas yang bersenam di taman permainan di Taman Dr Seenivasagam, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mayat lelaki dikenali sebagai M Daniel, 31, itu ditemui terbaring berlumuran darah tidak jauh dari papan selaju di taman permainan berkenaan. Mangsa yang masih lengkap berpakaian itu parah kesan tetakan senjata tajam di kepala, muka dan tangan termasuk kesan torehan pisau sepanjang 7.5 sentimeter di dahi.
Adik mangsa, M Donovan, 30, yang ditemui di Bilik Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam berkata, kali terakhir dia menemui abangnya itu kira-kira jam 5 petang kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi semalam berkata, pihaknya percaya mangsa dipukul sebelum dibunuh berdasarkan kesan kecederaan teruk ditetak senjata tajam di kepala, tangan dan muka.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati, perut mangsa juga terdapat kesan terbakar.
“Mayat mangsa di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya.
Rabu, 4 Mei 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan