Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Selasa, 3 Mei 2011

Kiriman SMS Isteri Minta Lupakannya | Roslina Awang Kechik

Suami seorang kakitangan bank, Roslina Awang Kechik yang dilaporkan hilang dipercayai diculik sejak 22 April lalu menerima empat khidmat pesanan ringkas (SMS) menggunakan nombor telefon talian dari Indonesia.

SMS itu dihantar seorang lelaki menggunakan nama Adi Satano pada jam 4.04 petang, 4.16 petang, 4.27 petang dan 4.33 petang semalam.

Dalam salah satu SMS itu, Adi meminta Sabri Man supaya melupakan isterinya kerana wanita itu dikatakan sudah tidak mahu bersamanya lagi dan mereka juga sudah berkahwin.

Kiriman ringkas lain yang dihantar juga mengatakan Roslina berada di Medan, Indonesia dan meminta Sabri untuk ke sana sekiranya ingin menemuinya.

“Saya cukup kenal dengan dia (Roslina), sudah 10 tahun kami bersama, dia seorang isteri yang baik dan taat. Mustahil dia akan buat begitu kepada saya dan anak-anak.

“Saya menganggap ini bukan keinginan isteri saya, dia mungkin telah diugut oleh seseorang yang mempunyai perancangan tersendiri,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Dalam SMS lain yang diterima, Roslinda juga meminta Sabri mengirimkannya sedikit wang untuk menghubungi anaknya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kehilangan Roslina.

“Polis masih menyiasat mangsa mengikut siasatan kes orang hilang, di samping turut melihat kejadian dari sudut jenayah.

“Bukti yang diberikan kepada polis tidak cukup untuk diklasifikasikan sebagai kes penculikan,” katanya.

1 comments:

mizayusof berkata... Reply To This Comment

sedihnya baca kisah ni. siapa punya angkara ni.

rasa takut nak keluar rumah sorang diri. zaman sekarang manusia semakin kejam. takut dilarikan kesana mahu bertahun tunggu nak balik ke malaysia :'(


Jemput ke:
1. Blog Miza Yusof
2. Miza Yusof & Photo Blog

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com