Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Memaparkan catatan dengan label pelita jaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pelita jaya. Papar semua catatan

Ahad, 3 April 2011

keputusan Pelita Jaya vs Persijap Jepara 3 April 2011: Safee Sali Meledak 1 Gol

Hampir terlupa Belalang yang hari ni ada game dari Pelita Jaya. Belalang sangkakan esok baru perlawanan antara Pelita Jaya menentang Persijap Jepara. Nasib baik tak terlepas untuk mengikuti perlawanan itu walaupun hanya mengikut update melalui kawan-kawan Facebook.

Safee Sali nampaknya semakin selesa dan semakin serasi bermain bersama rakan sepasukannya yang baru itu. Minit ke 10' Safee Sali telah berjaya meledak satu jaringan lipatan gunting cantik hasil dari satu sepakan percuma. Hingga tamat separuh masa pertama Pelita Jaya berjaya mengekalkan kelebihan satu gol.

Babak kedua memperlihatkan Pelita Jaya mempertingkatkan serangan. Joko Sasongko berjaya menambah bilangan gol Pelita Jaya pada minit ke 66' menjadikankeputusan semasa 2 gol berbalas 0. Hingga tamat perlawanan permainan kekal dengan keputusan itu.

Sabtu, 5 Mac 2011

Aksi Pertama Safee Sali: Pelita Jaya 1 - 0 Sriwijaya FC

Setelah berpindah ke Indonesia mewakili kelab Pelita Jaya, hari ini menyaksikan perlawanan pertama Safee Sali mewakili kelab barunya itu dimana berkesudahan Pelita Jaya menang 1 berbalas 0 hasil jaringan Safee Sali.

Belalang tak dapat menyaksikan keseluruhan perlawanan itu akibat line internet yang sangat mendukacitakan. Kejap-kejap putus. Namun Belalang berasa amat berbangga kerana Safee Sali menepati ramalan yang dia akan membawa kelabnya itu keluar dari menghuni dasar liga.

Safee menjaringkan gol yang amat berharga itu pada minit 63' denggan rembatan yang sangat kencang. Err, ini bukan Belalang yang cakap tau. Tapi Padinno yang kasitau. Hahaha

Sekalung tahniah kepada Safee Sali atas persembahan yang memberansangkan pada aksi sulungnya. Semoga dia berjaya membawa Pelita Jaya menjadi sebuah pasukan yang gemilang seperti yang dia lakukan bersama pasukan Selangor.
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com