Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Khamis, 22 Oktober 2009

Nasib Real Madrid




    Entah apa malangnya Real Madrid nie. Barisan pemain kalau kita tengok gerun gile, tapi bila bermain 'luck' jarang sekali bersama diorang. Kalau mereka nie tinggal di Malaysia sure Belalang dah cadangkan supaya di mandi bunga. Bukan pe, cian sangat Belalang ngan nasib diorang. Tapi itu la yang menariknya game bola sepak nih. Team yang beli players kuat belum tentu pasukan akan mantap.

    Walaupun AC Milan telan melepaskan Kaka' kepada Real Madrid, tp AC Milan telah membuktikan yang mereka tidak tempang tanpa Kaka'. Siap Pato' ngan Pirlo lagi yang score.

    Belalang tak tengok game pagi tadi. So tak boleh nak citer la game tue macam mana. Abang Belalang mungkin tengok sebab dia kipas susah mati Real Madrid (Sure sedih tu pasukan kesayangan kalah).

    Apa-apa pun Real Madrid masih lagi pasukan yang kuat dan tak mudah menyerah kalah. Cuma prestasi mereka yang kejap ok kejap ko. Tapi yang paling penting team Belalang menang malam tadi. Team mana? dah tentu Juventus. YEAH ! ! !

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

Kumpulan A

Bordeaux 2 (Ciani 27, Planus 40) Bayern Munich 1 (Ciani 6-gol sendiri)

Juventus 1 (Chiellini 47) Maccabi Haifa 0



Kumpulan B

CSKA Moscow (RUS) 0 Manchester United (ENG) 1 (Valencia 86)

VfL Wolfsburg 0 Besiktas 0



Kumpulan C

Real Madrid 2 (Raul Gonzalez 19, Drenthe 76) AC Milan 3 (Pirlo 62, Pato 66, 88)

FC Zurich 0 Marseille 1 (Heinze 69)



Kumpulan D

FC Porto 2 (Hulk 33, 48-pen) APOEL FC 1 (Alvaro Pereira 21-gol sendiri)

Chelsea 4 (Kalou 41, 52, Lampard 69, Perea 90+1-og) Atletico Madrid 0

Rabu, 21 Oktober 2009

Didera, dirogol, diliwat



(Gambar dan petikan berita daripada Akhbar harian Metro)

    Sedih rasa hati nie baca berita kejadian yang menimpa kanak-kanak ini. Apalah dosa dia hingga di seksa seteruk tu. dah la jadi mcm tu, ibu kepada kanak-kanak ini sanggup menipu polis semata-mata mahu menyelamatkan kekasih si negro takde hati perut tuh. ini la masalah wanita melayu kita sekarang. percayakan kekasih terlampau-lampau sampai sanggup serahkan segala benda. Bila dah tersedar diri di tipu baru la terhegeh-hegeh mintak bantuan. time tue baru la buat report polis. kene rogol la hape.

    Berita nie Belalang petik dari Akhbar Metro. Baca dan jadikan pengajaran hidup. Semoga wanita-wanita sekalian terbuka mata.

KAJANG: Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.

Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.

Bagaimanapun, siasatan polis mendapati fakta dalam keterangan diberikan wanita yang bekerja sebagai setiausaha itu meragukan sebelum merumuskannya sebagai pembohongan apabila mendapati wanita terbabit tidak pernah menggaji pembantu rumah yang didakwa melarikan diri sejurus selepas tragedi menyayat hati itu.

Sumber polis berkata, wanita rakyat tempatan itu dikesan menjalinkan hubungan dengan lelaki Sudan terbabit sejak beberapa bulan lalu.

 Menurutnya, lelaki warga asing itu sebelum ini memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar dan menuntut di sebuah kolej swasta di ibu kota.

“Bagaimanapun, lelaki berusia 24 tahun itu hanya belajar sebulan sebelum tinggal bersama kekasihnya iaitu wanita warga tempatan di sebuah kondominium di Batu 9, Kajang.

“Difahamkan, lelaki Afrika terbabit tinggal serumah dengan wanita tempatan itu yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun hasil perkahwinannya sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit yang kerap diminta menjaga kanak-kanak terbabit dipercayai sering memukul selain merogol dan meliwat mangsa terutama ketika ibunya tiada di rumah kerana keluar bekerja pada waktu siang.

“Namun, pada 12 Oktober lalu, ibu mangsa yang pulang ke rumah jam 9 malam terkejut apabila mendapati anak perempuannya koma dengan keadaan tubuh tidak bermaya.

“Wanita terbabit segera membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kajang, namun mangsa dilaporkan mati akibat kecederaan serius terutama di kepala,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit yang membuat laporan polis susulan kematian anaknya, mendakwa kanak-kanak perempuan itu mati akibat didera pembantu rumahnya.

“Menurut wanita itu, pembantu rumahnya bagaimanapun melarikan diri sebaik dia pulang ke rumah sejurus kejadian. Namun, polis mula mengesyaki sesuatu tidak kena apabila siasatan mendapati suspek tidak pernah menggunakan khidmat pembantu rumah asing.

“Malah, rasa curiga semakin kuat apabila hasil bedah siasat pihak hospital menemui kesan kecederaan pada kemaluan mangsa selain kesan sama pada dubur dipercayai akibat diliwat. Malah, tubuh dan muka mangsa dipenuhi kesan luka lama dan baru dipercayai akibat dipukul dengan teruk,” katanya.

Menurutnya, polis yang menyedari berlaku kes pembunuhan kejam terhadap mangsa bergegas ke kediaman suspek pada 13 Oktober lalu bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

“Hasil beberapa bukti diperoleh, polis menahan pasangan kekasih terbabit sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut.

“Setakat ini, kedua-dua suspek mengaku melakukan penderaan terhadap kanak-kanak terbabit yang membawa kepada kematiannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood mengesahkan kejadian pembunuhan itu namun enggan mengulas lanjut.

“Perbuatan berkenaan amat kejam dan tidak berhati perut terutama terhadap kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. Pihak polis akan melakukan siasatan secepat mungkin bagi memastikan individu yang melakukan jenayah itu mendapat hukuman setimpal,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com