Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Isnin, 26 Oktober 2009

Ahmad Dhani Bikin Statement Poligami


    Siapa tak kenal ngan Ahmad Dhani dari Dewa 19 ini, memang orang itu boleh di kelaskan sebagai tak ikut dunia musik serantau. Tak kan la tak kenal ngan mamat nih yang band mereka agak kontroversi disamping berita-berita mengenai rumah tangga beliau yang bergolak tidak lama dulu.

    Akhbar kompas di Indonesia telah menanyakan Ahmad Dhani soalan mengenai poligami. Ini kerana baru-baru ini di Indonesia kelab poligami telah di tubuhkan. Seperti yang di jangka Ahmad Dhani mesti akan mengeluarkan sesuatu kenyataan yang mengundang kontroversi. Jelas Dhani (panggilan di Indonesia) semua lelaki menginginkan isteri lebih daripada satu keran dalam islam membenarkan hal ini. Tapi kalau sorang lelaki itu berasa cukup dengan satu isteri, itu MUNAFIK.

    Tambah Dhani dalam nada berseloroh, dia mempunyai dua teori karektor lelaki di dunia ini. pertama takut isteri, yang kedua memang yang teringin hendak berpoligami.

    Memang mamat nih suka buat statement-statement yang bunuh diri dia  sendiri. Tapi tak kisah la. Janji dia tak kacau Belalang. Pada Belalang nak poligami boleh, takde masalah. Tapi pikir la dulu sampai hujung-hujung dunia. Jangan ingat best kahwin lebih dari satu. Harus di ingat dosa isteri di atas tanggungan suami nya. So, kalau rasa boleh cover dosa sendiri dengan dosa isteri dan bakal isteri anda, cepat-cepat la cukup kan ruang yang kosong tuh...

hee...

Mesyuarat Khas Pas

Jawatankuasa pusat PAS dengan barisan pesuruhjaya negeri akan bertemu Rabu ini bagi membincangkan isu yang dibangkitkan oleh mursyidul amnya, termasuk satu muktamar khas.

Lebih kurang 60 pemimpin parti itu, termasuk Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan, akan diundang untuk membahaskan isu tersebut.

Dalam sidang medianya di Kuala Lumpur pagi ini, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali bagaimanapun berkata beliau tidak pasti sama ada menteri besar itu - yang paling berkeras dengan isu tersebut - akan turut hadir.

Mengulas cadangan mengadakan muktamar khas, kontroversi terbaru yang dilontarkan oleh Nik Aziz minggu lalu, Mustafa berkata perlembagaan PAS membolehkan satu mesyuarat agung luar biasa diadakan apabila:

- ia dipanggil oleh presiden parti,
- satu pertiga daripada 37 anggota jawatankuasa pusat menulis surat memohon mengadakannya, dan
- satu pertiga kawasan-kawasan PAS menulis untuk berbuat demikian.

Menulis di blognya Khamis lepas, Nik Aziz menggesa satu muktamar khas diadakan bagi membincangkan "beberapa pemimpin bermasalah" kerana masih berpegang kepada idea kerajaan perpaduan dengan Umno.

Beliau mengulas analisis politik seorang pensyarah undang-undang Dr Abdul Aziz Bari yang mengaitkan ketewasan teruk PAS di Bagan Pinang baru-baru ini dengan kekalutan, yang melibatkan pemimpin parti itu, dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Di sidang media sama, Mustafa turut menafikan kontroversi terbaru itu satu masalah dalaman parti seperti ditanggap pihak luar, antaranya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mustafa juga berkata isu kerajaan perpaduan PAS-Umno "sudah ditutup" dalam muktamar lalu dan kini parti itu sedia bekerjasama dengan dua lagi rakannya dalam Pakatan Rakyat.

* Di petik dari Malaysiakini

Jumaat, 23 Oktober 2009

Bajet 2010 - (PM. Najib)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan Bajet 2010 berjumlah RM191.5 bilion yang mengandungi tiga strategi utama iaitu untuk memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan, dan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Najib dalam bajet sulungnya sebagai Perdana Menteri yang bertemakan "1Malaysia, Kemakmuran Bersama" memperuntukkan RM138.3 bilion atau 72.2 peratus untuk perbelanjaan mengurus dan RM53.2 bilion atau 27.8 peratus untuk perbelanjaan pembangunan.

Peruntukan belanjawan 2010 ini merupakan pengurangan sebanyak 11.2 peratus berbanding dengan jumlah peruntukan belanjawan 2009 sebanyak RM215.7 bilion, katanya ketika membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat petang ini.

Najib berkata dalam strategi bagi memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, kerajaan akan menggalakkan pelaburan swasta, mempergiat penyelidikan pembangunan dan pengkomersilan, memanfaatkan sepenuhnya bidang khusus, memajukan sektor pertanian, menggalakkan industri pembinaan, memperkasa industri kecil dan sederhana, membangunkan teknologi hijau dan menggalakkan industri kreatif.

Bagi strategi kedua iaitu memastikan pembangunan holistik dan mapan, kerajaan akan meningkatkan modal insan berkemahiran tinggi, memantapkan sistem perbankan dan kewangan, memerangi rasuah, pembangunan wilayah koridor, dan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan kerajaan.

Katanya dalam strategi ketiga pula, kerajaan akan berusaha mencegah jenayah, meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat, memperkasa prasarana luar bandar serta pedalaman, dan menambahbaik pengangkutan awam.

*Sumber dari Berita Harian
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com