Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Selasa, 8 Jun 2010

Israel Ganyang Palestin, Orang Kita Ganyang...?

Tajuk entry kali nih nak ceritakan satu peristiwa yang Belalang lihat kelmarin. Takde kaitan pun dengan Israel Palestin punya isu.


Seperti biasa dalam pukul tiga petang Belalang, Mrs. Belalang dan adik ipar Belalang akan kuar pegi lunch. Tempat lunch lak tak menentu. Kadang-kadang kami lunch berhampiran dengan kedai perniagaan kami. Kadang-kadang lak lajak jauh ya amat.


Tengah Belalang drive di satu jalan nih, mata Belalang terpandang tiga orang lelaki yang berada di bahu jalan sebelah kanan. Nampak macam ada yang tak kena. Atas dasar penyibuk yang memang sudah semulajadi ada dalam diri Belalang, Belalang memperlahankan kenderaan sebaik sahaja keta Belalang hampir sampai kepada mereka bertiga.


Seperti yang Belalang jangka memang ada yang tak kena. Tak pasal-pasal salah sorang lelaki nih sudah start mengasak dua orang lagi rakan-rakan (ntah le kawan ke tak) dia. sampai tergolek-golek dia kejekan sorang tuh. Darah nih jangan cakap la. Macam air paip. Mujur masih ada rakyat kat negara nih yang prihatin dan sukakan kedamaian. Beberapa orang yang terlihat kejadian itu telah bergegas meleraikan pergaduh mereka.


Belalang meneruskan perjalanan Belalang tanpa menghentikan kenderaan. Buang masa je tengok diorang gaduh. Apa yang Belalang nak sampaikan disini adalah berkaitan orang kita yang selalunya bergaduh atas sebab yang remeh. Contoh pasal berebut pompuan, duit pinjam tak bayar, mulut takde insuran, melawak kasar atau sesaje tunjuk kuat (kadang-kadang baru jeling dah ajak gaduh).


Sepatutnya sebagai orang berakal tolong la pilih jalan lain selain daripada menggunakan kekerasan. Kalau Israel rakyatnya boleh bersatu menyerang Palestin. tapi orang Malaysia lak lebih suka negara nih rosak dengan bergaduh sesama sendiri. Memang tak semua dari kita macam orang yang Belalang citer kat atas tadi. Tapi Belalang dah kerap kali sangat jumpa manusia yang macam nih. Rase nak belasah orang sangat, lebih baik ko pegi jadi sukarelawan ke Palestin je. Untung-untung kalau kapal ko naik tuh kene serang dengan tentera Israel, boleh le ko merasa membelasah tentera Israel. Puas hati la jugak belasah orang macam tuh. 

** Cintai kedamaian negara kita...

Ahad, 6 Jun 2010

Gelak Santai: Biar Pandai Jangan Memandai





Ini berdasarkan satu kisah benar yang terjadi hampir 7 tahun sudah. Walaupun kejadian dah lama, tapi sebabkan perkara ini agak kelakar maka Belalang tak lupakan peristiwa nih.


Kebiasaan bagi remaja atau bebudak lelaki melepak hingga ke lewat pagi adalah satu perkara biasa. Lagi-lagi di area Kulim nih. Tiada tempat lain yang menarik selain terpaksa melepak kedai makan. Kalau nak enjoy kene pegi belah penang. Sana banyak la tempat-tempat melepak yang lagi best.


Hari tu Sabtu malam minggu. Selepas abis jamming dengan kengkawan, kami melepak di sebuah restoran nasi kandar yang agak famous di area Kulim iaitu nasi kandar Nasmir. Tarikan untuk melepak di restoran nasi kandar sudah semestinya pada tv projector yang di pasang. Rase ala-ala dalam wayang gitu. Sambil makan sambil layan cd movie atau meyaksikan perlawanan bola sepak.


Jam sudah hampir ke pukul 2 pagi. Sudah hampir 3 jam Belalang dan kengkawan melepak di situ. Air pun dah 2 gelas order. Bila dah terlalu banyak minum air, kini tiba masa untuk membuang pulak lebihan air yang tersimpan dalam pundi kencing nih. Dan bermulalah di sini peristiwa yang tak dilupakan.


Belalang pun bangun berjalan ke toilet. Sambil berjalan tuh kepala nih pikir macam-macam perkara. Lagu jamming la, tido, projek ape esok dan macam-macam lagi. Sedar tak sedar Belalang dah sampai pun toilet. Belalang pun melepaskan la hajat yang tertahan sedari tadi. Fuh, lega dah dapat penuhi hajat di hati. sebaik mencuci tangan di sinki, elok jer Belalang pusing nak menghala ke pintu kuar, tiba-tiba pintu dibuka dan masuk la dua orang awek.


Mereka kelihatan terkejut melihat Belalang. Belalang pun sama macam tuh gak, terkejut sebab diorang masuk toilet lelaki. So Belalang pun sound la diorang. Belalang cakap


 "Ni toilet lelakikan? nape masuk sini?"


Mereka tak menjawab sebaliknya berpandangan sesama sendiri. Lepas tuh sorang daripada awek tuh kuar dan tengok pada label di pintu toilet tuh. Belalang tak amik port, terus je lalu sebelah diorang untuk kuar. Selang setapak dua langkah, Belalang dengar awek-awek tue gelak. Belalang pun toleh dan lihat ke arah toilet yang Belalang kuar tuh. Belalang tepuk dahi. Patut la diorang gelak. Rupanya Belalang yang silap masuk toilet! Sudah la Belalang yang silap, ada hati lak sound awek-awek tue kata diorang yang silap. Adeh malu betul.


 Sesampainya di meja tempat Belalang and the gang lepak, Belalang pun story la ape yang terjadi. Ape lagi, gamat la semua gelakkan Belalang. Sampai arini Belalang still ingat benda tuh. Boleh nampak lagi muka kehairanan awek-awek tuh melihat jantan macho yang silap masuk toilet nih mensound diorang konon Belalang yang betul...


** Lain kali tengok atau baca betul-betul signage atau papan tanda kat pintu toilet. Kang tak pasal-pasal jadi macam Belalang.

Sabtu, 5 Jun 2010

Imej UFO Sebesar Bumi Berjaya Di Rakam?

Korang percaya tak dengan kewujudan UFO? kebiasaannya kalau orang yang tak pernah jumpa, sure la tak percaya. Tapi bagi yang pernah jumpa benda pelik yang terbang di angkasa dengan cahaya yang pelbagai, tentu akan kata UFO nih wujud.


Walaubagaimanapun antara saintis-saintis seantero dunia juga masih lagi berselisih pendapat mengenai kewujudan kapal angkasa yang konon datang dari luar bimasakti kita.


Pada awal bulan Januari hingga Mei pihak NASA telah menyiarkan satu objek misteri yang berjaya mereka rakamkan berhampiran matahari. Objek yang di katakan UFO itu di percayai lebih besar saiznya daripada bumi!!!


Benar atau tidak ramai yang meragui dengan rakaman itu. Ada yang percaya itu sebagai UFO dan ada juga yang menganggap itu hanyalah komet. Namun pendapat yang mengatakan itu komet telah di sangkal oleh seorang professor kerana katanya jika itu adalah komet, maka dia akan mempunyai ekor. Namun objek ini tidak mempunyai ekor...


Anda pula bagaimana? Percaya tak yang ini adalah UFO? Tonton sendiri la video yang belalang kasi nih... Selamat menonton...


 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com