Sibuk betul berkenduri kebelakangan nih. Sampai masa nak berblog pun jadi terhad sesangat. Korang lak banyak tak jemputan kenduri cuti-cuti sekolah nih? Belalang boleh dikatakan hari-hari ade je jemputan kenduri yang perlu dipenuhi. Tak datang nanti kecik hati pulak. Lagipun orang dah jemput kita mesti datang.
Kepada korang yang ada tinggal jejak di blog Belalang, sekiranya Belalang tidak membalasnya dalam waktu terekat nih, akan Belalang balas juga kunjungan anda. Walaupun lewat Belalang tetap akan sampai.
Jadi jangan kecik hati yea kalau Belalang tak sempat membalas kunjungan. Blog harus di tinggalkan kerana perut harus diutamakan dengan mengisi nasi minyak yang lazat... Huhuhu...
Belalang telah menghabiskan sebahagian besar masa pada hari ini dengan membaca komik Doraemon online di onemanga.com. Semua nih disebabkan pakcik Crayon dari tubelawak yang telah buat entry pasal episod terakhir doraemon. Best gak ending doraemon walaupun babak akhir itu kononnya bukan karya pelukis asal komik itu. Kalau korang nak baca entry yang tubelawak tulis itu, klik sini.
Belalang membesar dengan kartun serta komik Doraemon, Dragonball, Captain Tsubasa, Ujang dan beberapa lagi komik dan kartun yang glemer di era itu. Korang mungkin ketawa pada Belalang. Yela dah kawen dan ada anak pun tapi still layan Doraemon benda budak-budak. Apelakan...
Korang nak gelak pun gelak la. Sampai guling-guling pun takpe. Tapi bagi belalang, bila Belalang tengok atau baca komik Doraemon, macam ada suatu kuasa yang mengajak Belalang untuk kembali terkenang zaman-zaman baru nak membesar dulu. Aduh, syahdunya masa-masa itu. Rasa macam nak je masa-masa itu berputar kembali.
Tapi hidup mesti diteruskan. Walaupun Belalang semakin dewasa dan semakin jauh meninggalkan alam bebudak serta remaja dulu, namun segala kenangan pahit dan manis akan terus Belalang bawa sampai le takde lagi insan bernama Belalang di dunia nih...