Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Rabu, 4 Ogos 2010

Jerit Tunjuk Perasaan Di sini

Salam 1Malaysia untuk anda semua (ala-ala pembaca berita TV1)... Entry nih sebenarnya adalah kesinambungan dari entry Cerita Kosong Bawah Tanah dan Blog Under Construction. Masih Lagi menceritakan mengenai cat baru dan juga peti surat yang Belalang baru beli ape semua.

Belalang sedaya upaya cuba mengurangkan berat blog Belalang yang baru. Macam-macam yang Belalang buang dan naik tarafkan. Antaranya seperti yang korang leh tengok kat sebelah tuh, Belalang dah start buat auto slide menu (tutorial dari blog redboy). Yang Cari tempat nak tinggal jejak tak jumpa tuh, korang klik pada [+/- ] Tempat Jerit.


Semalam Belalang dapat feedback dari yang datang mengujung bawah tanah mengatakan tulisan auto slide menu tuh gelap sangat dan tak nampak.


Hehehe itu antara komen-komen dan teguran yang Belalang dapat. Ada lagi yang kasi pendapat pasal tak nampak tulisan gelap tuh. Sebenarnya puas sudah Belalang cuba untuk tukar color tulisan tuh tapi tak jadi. Kodek sana tak jadi, kodek sini pun tak kena. Last-last Belalang kena tengok balik tutorial yang Belalang amik tuh. Baru la Belalang jumpa kat mana yang tak kena.

Jadi Belalang dah tukar color tulisan tue kasi orang senang lihat. Kepada korang yang kasi teguran dan komen, Belalang ucap bebanyak terima kasih. Sorry kerana telah menyebabkan korang sakit mata dan kepala mencari tempat nak tinggal jejak. Kalau ada apa yang tak kena lagi, tegur ja. Kalau teguran tue memang membina Belalang terima dengan hati terbuka. Siap ucap terima kasih lagi.

Last sekali Belalang harap korang rajin-rajin la singgah sini yea seperti mana Belalang yang rajin melawat anda jugak... Hee...

Isnin, 2 Ogos 2010

Cerita Kosong Bawah Tanah

Salam Semua. First entry Belalang untuk bulan Ogos. Kejap betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak puasa. Bestnya dah nak start puasa. Semoga puasa kali ini Belalang dan anda semua dapat membuat kebaikkan dan menambah pahala sebanyak mungkin.

Macam tu jugak Blog Belalang. Pejam celik pejam celik dah setahun pun usia. Rase macam baru minggu lepas je Belalang buat blog nih. sempena dengan usia setahun bawah tanah, Belalang cadang nak membuat beberapa perubahan kepada blog nih.


First sekali seperti yang korang dapat lihat, bawah tanah dah tak segelap dahulu. Belalang dah pasang lampu minyak tanah kasi terang sket. So korang leh la nampak Belaan-belaan Belalang ternganga kat belakang tuh. Seperti Belalang cakap sebelum nih, blog bawah tanah masih dalam proses penyusunan. Memang agak tunggang langgang sket sekarang. Harap korang bersabar la ye untuk tengok susunan yang lebih kemas.

Satu lagi Belalang dah tak letak Mangga ad pada blog Belalang sekarang. Kenapa? Senang cakap sepanjang menggunakan Mangga Ad, Belalang rasa mangga hanya indah khabar dari rupa. Pasni tak nak dah menduakan makcik Nuffnang. Hee...

Last sekali Belalang nak berterima kasih pada korang-korang yang selalu singgah di bawah tanah. Walaupun ade yang kata takut dengan konsep blog Belalang, tapi dia tetap datang jugak semata-mata nak mengeratkan hubungan sesama blogger. Terima kasih sangat-sangat.

Ahad, 1 Ogos 2010

Unstoppable Penipu!!!

Salam semua... Belalang ade satu story mengenai geng Unstoppable. Sebelum tuh Belalang nak tanya dulu korang kenal tak geng nih? Tak kenal? Korang ade Facebook kan? Kat situ belambak iklan ahli-ahli diorang mencari ahli baru sampai nak termuntah tengok kadang-kadang.

Di Facebook telah ade satu group yang menentang Unstoppable bernama 'Unstoppable Penipu!!!'. semalam time Belalang jengah page tuh, terkejut jugak lihat begitu ramai sekali yang dah 'like' dengan group nih.




Terus terang Belalang katakan Belalang memang tak mengetahui lansung ape yang geng (diorang nih pertubuhan syarikat ke name group tak pasti pulak) Unstoppable nih jual or buat. Tapi Belalang memang tidak begitu tertarik dengan bisnes konsep MLM yang memerlukan kita buat perlaburan besar. Sampaikan terpaksa buat loan dengan bank.

Berniaga belum tentu balik modal, tapi loan dengan bank dah buat. Sekiranya bisnes tak menjadi, loan lima tahun dengan bank wajib bayar jugak. Jadi nasihat Belalang, pikir la abis-abis sekiranya anda berminat mahu join bisnes macam nih dan lagi satu jangan lupa, pastikan produk yang dijual itu halal atau memang berguna kepada kita dan orang lain.
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com