Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Jumaat, 6 Mei 2011

Blogger Friendly | Rumah 4 Tingkat

Kalau sebelum ini Belalang dah kenalkan Tengkorak Emas yang kipas susah mati Manchester United, kali ni Belalang akan perkenalkan seorang lagi rakan blogger yang banyak menyokong blog Belalang waktu baru mula-mula nak dikenali. Melalui blogger ini juga la Belalang dapat Kenal dengan Blogger Tengkorak Emas.


Empunya blog ini menggelarkan dirinya dengan nama Kie-yu. Nama Blognya pula ialah Rumah 4 Tingkat. Sudah lama Belalang tak nampak Kie-yu di lapangan penulisan blog. Namun mengenangkan Kie-yu memang seorang blogger yang teramat friendly dan sporting maka patut  Belalang kenalkan dia juga.

Kie-yu ni pantang nampak entry terbaru di blog Belalang sure dia akan datang komen. Pendek atau panjang dia tetap drop komen walaupun entry yang Belalang tulis tu terlampau la kosongnya. Dan untuk pengetahuan korang Belalang juga pernah mendapat kiriman kada raya daripada Kie-yu, rujuk entry tersebut di sini.

Entah kenapa dengan tiba-tiba Kie-yu tidak lagi update blognya seperti selalu. Sibukkah dia atau kesihatan terganggu? Belalang doakan semoga Kie-yu berada dalam keadaan baik-baik dan sihat hendaknya. Jika ada kelapangan, kembalilah memeriahkan dunia blog yang semacam semakin berkembang kebelakangan nih. Kisah Kie-yu yang friendly ini Belalang abadikan pada entry kedua 'Blogger Friendly'...

Nantikan orang ketiga yang Belalang akan review sebagai Blogger Friendly.

Sekali Salah Group FB Daa...

Pagi Tadi sebaik sahaja Belalang online, Belalang terus la mempromosi entry Belalang yang bertajuk 'BLOGGER FRIENDLY | TENGKORAK EMAS' disetiap group blog yang Belalang sertai. Memang begitu la kebiasaannya jika Belalang ada entry baru dan Belalng rasa perlu dikongsikan di Facebook, akan Belalang lakukan begitu.

Semua group blogger yang Belalang sertai semua Belalang tinggalkan link URL dengan harapan akan ada dua tiga rakan blogger berminat untuk membacanya. Sebaik habis sahaja Belalang siap tinggalkan semua link di group-group Facebook, Belalang pun terus saja offline. Hingga la lepas pukul 12 tadi Belalang online balik.

seperti yang dijangka memang akan ada trafik dari Facebook yang sudi singgah membaca entry Belalang tersebut. sambil online Facebook, Belalang layan pula encik Nakal chatting. Tengah best-best chatting tiba-tiba Belalang terperasan ada satu admin group Facebook yang bukan berkaitan dengan blog telah like satu link entry Belalang di groupnya.

Hairan jugak Belalang entry Belalang yang mana admin itu like sebab setahu Belalang, Belalang tak ada tinggalkan apa-apa link di group tersebut. dengan perasaan tertanya-tanya Belalang pun klik la notification tersebut untuk melihat link mana yang telah di like.

Tepuk dahi kejap Belalang lihat rupa-rupanya link entry blogger friendly yang Belalang tinggalkan tu, Belalang dah tersilap tinggal di group yang tiada kena-mengena dengan blog. Nasib baik admin blog tu tak sound Belalang sebagai spam. Ni semua gara-gara nama group tersebut hampir menyamai dengan nama group 'Komuniti Gila Blog'... Hahaha...

Kepada admin tersebut, terima kasih ye sebab sudi like dan tidak marah Belalang. Admin tu memang seorang admin yang friendly lah... Nanti pas nih Belalang buat entry admin friendly, Belalang amik admin tu sebagai admin mula yang Belalang review... Hahaha

Maharaja Lawak Minggu Ke-6 | Siapa Tersingkir?

Maharaja Lawak minggu ke-6, gelanggang Dibuka lagi untuk minggu ini bagi mencari dan menobatkan pelawak terbaik dari yang terbaik diantara finalis-finalis peserta Raja Lawak. Jika dilihat Man telah beberapa minggu terselamat dari tersingkir walaupun pada awal-awal gelanggang dibuka Man sentiasa berada di kedudukan terbawah.

Untuk minggu ini kedudukan undian sehingga kini adalah seperti berikut. Tempat teratas masih lagi menjadi milik Jozan, diikuti oleh Nabil, Sepah, Jambu, Balas, Man dan yang terakhir adalah Amir. Adakah Amir peserta yang akan meninggalkan gelanggang pada malam ini?

Jangan lupa untuk kembali ke blog ini bagi melihat siapa yang bakal tersingkir pada Maharaja Lawak minggu ke-6 ini. Keputusan akan di update sebaik sahaja keputusan diperolehi.

--------------------------------------------

update:


Tiga peserta yang dipanggil naik kepentas kerana mendapat undian terendah ialah Balas, Amir dan Man. Dan peserta yang diumumkan terpaksa meninggalkan gelanggang Maharaja Lawak minggu ke 6 ialah...


-

-

-

-

-

-

-

-

-

Tiada Siapa Tersingkir!!!
:)
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com