Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Khamis, 20 Mei 2010

Bahaya Facebook




Kebelakangan ini Belalang selalu melihat di blog atau mana-mana artikel yang mengingatkan pengguna facebook supaya berhati-hati dengan setiap perkara mengenai diri kita di situ. Memang tak begitu elok jika kita terlalu banyak mendedahkan maklumat mengenai diri kita di Facebook. Ia bukan menyenangkan, sebaliknya takut menyusahkan kita kemudian hari. Yahoo ade menyenaraikan beberapa perkara yang jangan kita lakukan di Facebook seperti kata laluan yang terlalu lemah cth: abc123 atau gunakan tarikh lahir. Dan jangan dedahkan tarikh lahir anda dengan tepat. Yela, dah le letak tarikh lahir sebagai kata laluan, pastu citer lak kat suma orang di Facebook tarikh lahir kita. Jangan, bahaya tau. Nanti jadi macam kes kat bawah nih:

SYDNEY: Polis Australia memberi amaran kepada remaja supaya tidak menyiarkan gambar mereka di laman sosial seperti Facebook selepas seorang gadis didakwa dibunuh rakan Internet.
“Golongan muda perlu pastikan hanya mereka yang benar-benar dikenali boleh melihat profil dan gambar mereka.
“Tiada sebab kenapa mereka perlu siar gambar mereka di Intertet,” kata Superintendan Polis Queensland, Peter Crawford.


Menurutnya, masalah bukan hanya kerana gambar yang disiar itu.


“Hakikatnya, jika kita sedia menyiarkan gambar itu, pastinya kita juga akan memberikan pelbagai maklumat peribadi.” Amaran itu dibuat selepas seorang lelaki Sydney didakwa mewujudkan identiti palsu di Facebook dan menggunakannya untuk memperdaya dan membunuh Nona Belomesoff, 18, di sebuah lokasi terpencil di pinggir bandar itu.


Gambar Nona yang diambil daripada laman sosialnya kini memenuhi akhbar Australia menyebabkan polis New South Wales memberi amaran terlalu banyak maklumat peribadi kini mudah diperoleh di Internet.


“Jangan siar gambar di Facebook. Hanya benarkan rakan sahaja melihat gambar anda.


“Layan setiap kenalan baru dengan berhati-hati,” kata Superintendan Jabatan Jenayah Komputer New South Wales, John Kerlatec.



Berita penuh di Harian Metro online.


** Mulai sekarang berhati-hati dengan penggunaan Facebook yea...

14 comments:

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

jangan slalu sangat update status tu..
terutama awek2 hot..
ada yang letak status"aku kat jamban nih"..kalau yang pervert cam koty ni,paham2la huhu

status cam ni pun tak boleh"besok nak pergi bercuti huhu"
rumah spa nak jaga haha

ni komen ke entri haha
sori belalang,nak tambah isi skit

shazika berkata... Reply To This Comment

erkkk
ni yg buat sy makin nk delete acc fb ni

shazika berkata... Reply To This Comment

erkkk
ni yg buat sy makin nk delete acc fb ni

NurSya berkata... Reply To This Comment

toink3..erkk..yeke belalang..waduh3..aisya letak mcm2 kat fb..alamat, no fon, bufday, sume la..hahhahaaa..sgt xbgus kn3..ok3..nt aisya dlete pe yg ptot..:)

thnx 4 sharing..:)

miss J berkata... Reply To This Comment

tuw la psal.... kena la ati2...
sendiri brani buat kenalah ati2... beringat sebelum terkena...

shaffique berkata... Reply To This Comment

lagi satu.. jangan main farmville.. ketagih..haha..


My latest entry : Siri CSI Manakah Yang Anda Minat ?

lakov berkata... Reply To This Comment

cara terbaru..buat acc fb 2,3 haha untuk mengelirukan identiti

aDfeez berkata... Reply To This Comment

inilah bahana kalo benda dah jadi semakin femes....
jgn x tau.. x lama lg.. polis pun ada fb jugak...
so agak2 kalo kene rompak.. sempat x nk tulis kt wall fb polis tu? :P

Kie-yu berkata... Reply To This Comment

aku mmg bhati2 dgn FB ni
punca bahana woh~

Sya Yusof berkata... Reply To This Comment

mmg betol pown.. facecbook neh bahaye.. da byk org skang neh kena boikot la.. kena ini la.. itu la.. seb bek sya xletak sume details hahha da bace surat peringatan sblom register.. hehehe

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

call-T: dekat profail letak alamat penuh,pastu pegi update lak x de umah seminggu. mmg nak soh tetamu x d undang dtg...wakaka...

shazika: x yah la delete.fb nih penting gak...just hati2 jer...

aisyah & misz J: cepat edit ape yg patut!!!

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

shafiq: hahaha betul tue...belalang pun pernah addict game tue dulu...

lakov: secara jujurnya belalang ade 3 acc fb...kuikuikui

kembarku: nak report takut x sempat g balai, so tulis kat wall polis tue jela...wakaka...

kie-yu & Sya: cepat puji diri anda berdua sendiri dgn berkata "PANDAI"...hahaha

rizputra7 berkata... Reply To This Comment

facebook ada baik dan ada juga buruk..kalu salah guna buruk ler jadinya.....

Aidi-Safuan berkata... Reply To This Comment

mak aih... awat dier bunuh orang tuh? xde kerja ker?

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com