Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Selasa, 8 Jun 2010

Israel Ganyang Palestin, Orang Kita Ganyang...?

Tajuk entry kali nih nak ceritakan satu peristiwa yang Belalang lihat kelmarin. Takde kaitan pun dengan Israel Palestin punya isu.


Seperti biasa dalam pukul tiga petang Belalang, Mrs. Belalang dan adik ipar Belalang akan kuar pegi lunch. Tempat lunch lak tak menentu. Kadang-kadang kami lunch berhampiran dengan kedai perniagaan kami. Kadang-kadang lak lajak jauh ya amat.


Tengah Belalang drive di satu jalan nih, mata Belalang terpandang tiga orang lelaki yang berada di bahu jalan sebelah kanan. Nampak macam ada yang tak kena. Atas dasar penyibuk yang memang sudah semulajadi ada dalam diri Belalang, Belalang memperlahankan kenderaan sebaik sahaja keta Belalang hampir sampai kepada mereka bertiga.


Seperti yang Belalang jangka memang ada yang tak kena. Tak pasal-pasal salah sorang lelaki nih sudah start mengasak dua orang lagi rakan-rakan (ntah le kawan ke tak) dia. sampai tergolek-golek dia kejekan sorang tuh. Darah nih jangan cakap la. Macam air paip. Mujur masih ada rakyat kat negara nih yang prihatin dan sukakan kedamaian. Beberapa orang yang terlihat kejadian itu telah bergegas meleraikan pergaduh mereka.


Belalang meneruskan perjalanan Belalang tanpa menghentikan kenderaan. Buang masa je tengok diorang gaduh. Apa yang Belalang nak sampaikan disini adalah berkaitan orang kita yang selalunya bergaduh atas sebab yang remeh. Contoh pasal berebut pompuan, duit pinjam tak bayar, mulut takde insuran, melawak kasar atau sesaje tunjuk kuat (kadang-kadang baru jeling dah ajak gaduh).


Sepatutnya sebagai orang berakal tolong la pilih jalan lain selain daripada menggunakan kekerasan. Kalau Israel rakyatnya boleh bersatu menyerang Palestin. tapi orang Malaysia lak lebih suka negara nih rosak dengan bergaduh sesama sendiri. Memang tak semua dari kita macam orang yang Belalang citer kat atas tadi. Tapi Belalang dah kerap kali sangat jumpa manusia yang macam nih. Rase nak belasah orang sangat, lebih baik ko pegi jadi sukarelawan ke Palestin je. Untung-untung kalau kapal ko naik tuh kene serang dengan tentera Israel, boleh le ko merasa membelasah tentera Israel. Puas hati la jugak belasah orang macam tuh. 

** Cintai kedamaian negara kita...

11 comments:

Kie-yu berkata... Reply To This Comment

hoh~
ni la muke2 tak bersyukur hidup di Malaysia..

hanta p israel je bgus
kan belalang? hee.

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

baru nk ckp mke ta bsyukur.. da ada cakap..huhu

patot anta depa g palestin nun.. depa kn berani..huhu

Angelika Fadhilla berkata... Reply To This Comment

wat maluu jerk kalau pelancong ngra laen nampak, pe nak jd ?

rizputra7 berkata... Reply To This Comment

terus terang aku cakap bro....melayu memang macam tue..

NiZaM Limited berkata... Reply To This Comment

agaknye diorg pon tak kesah ape berlaku kat palestin tu kot.
kalo kena kat kepala sendiri baru tau camne..ade hati nak bergaduh sesama sendiri lagi ke..

Unknown berkata... Reply To This Comment

perasan kuat lew tuh...

ZilaJai berkata... Reply To This Comment

mmg xpatut...(

hans berkata... Reply To This Comment

gambar tu gambar orang gaduh semalam ke?

p/s : jgn lupa baca episod baru ADKDA http://hanspunyablog.blogspot.com/2010/06/antara-dia-kau-dan-aku-episod-29.html

supergassoline berkata... Reply To This Comment

huhuew..
yg sdeyh nyewp most of them malay..
ta tawu laa npe salu jdik cm tuh an ngn org kite..

:))

aDfeez berkata... Reply To This Comment

buat malu org msia je.!!!!!

dengan sesama bangsa pun nk gaduh2!!! ceh

miss ice berkata... Reply To This Comment

ni la jadi nye bile xreti nak kawal marah..xmalu betol..

*jeling2 belalang.ajak gadoh..hehe

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com