Sedang Belalang bersiap-siap untuk ke masjid bersembahyang Jumaat, tiba-tiba hanphone Belalang berbunyi ada sms yang diterima. Rupanya sms mengenai Paderi melayu yang kononnya baru sampai dari Singapura dan kini berada di Malaysia. Sms itu meminta si penerima supaya forward kepada sahabat-sahabat islam yang lain. Kira macam surat berantai la.
Kelmarin Belalang membaca kisah paderi ini melalui blog kawan-kawan. Di Facebook juga sudah heboh dengan perkara ini. Dan dalam diri ini tertanya-tanya akan kisah ini, muncul pula seorang blogger yang mengakui mengenali paderi itu dan pernah tinggal sekampung dengannya. Korang boleh membaca kisah itu disini. Wajib baca!.
Apa yang Belalang nak cakap, sesuatu perkara yang kita terima itu perlulah kita selidiki benar atau tidak perkara itu. Jangan terus menerima segala cerita yang kita terima bulat-bulat. Lagi-lagi perkara-perkara yang menyentuh mengenai agama. Memang sangat sensitif.
Korang jangan tak tau sebenarnya ada pihak yang iri hati melihat keharmonian kepelbagaian agama dapat tinggal bersama dengan semangat persaudaraan yang kuat di bumi bertuah ini Malaysia. Bermacam-macam cara dilakukan agar negara kita menjadi kacau-bilau. Jangan Sampai perkara-perkara seperti ini menggugat keharmonian yang sedang kita kecapi hari ini.
Jumaat, 27 Ogos 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 comments:
Tu lah belalang..da kecoh kat fb...!!Takot ade yg sengaje nak buat...kite kecot perot kan...tapi sume ni xmustahil kite kene berwaspade kan..kan..
belalang...ellen setuju ngan kenyataan ni..aiseh!!...kita kena selidik dulu betulkah tdk perkara ni..jan dok sebarkan ikut suka kan...
ada golongan yang mengambil kesempatan di sebalaik keharmoniaan yang kita ada...mengenai dgn blogger yang katakan dia tgl sekampung tu..ellen rasa memang benar, sebab paderi tu dr kota kinabalu..kat sini dah heboh pasai tu...
apa apa pun, kita, secara peribadi saja yang tahu menilainya...yang penting jangan terus melenting bila disuapkan perkara spt ini.baik2 kita suma hidup aman damai spt skg,.nanti2 kita berperang kerana isu ini sahaja kan...sama2 lah kita berwaspada...take care belalang...hehehe
kadang ada pihak yg sengaja nak hancurkan keharmonian malaysia ni....
memang ada orang mungkin tak suka hidup dalam keadaan aman damai...dengki tentu pasal...
ada je yg nk mendengki dgn negara kita kan
harap tak jadi pape..
belalang, kie-yu nak address
bleh emailkan tak?
fourth.floor424@gmail.com
tq :D
haih..
macam macam hal la sekarang nih
Islam tak mengajar kita terburu-buru, apa2 pun perlu diselidiki dan didatangkan bukti..
tak payah tunjuk bukti2 pun dah ramai puak2 tu dok dakwah org islam masuk agama mereka...
saya baca kat bloh john steward yang paderi tu bukan melayu tapi kadazan kot. sapa le yg pandai buat cerita palsu nih
rasa best bila baca entri & comment kat sini.. baru nampak betapa masih ada rakyat malaysia yg boleh berfikir dengan betul.. tq guys... sama2 la kita mengekalkan keharmonian dan keamanan negara kita k.. :) proud to b malaysian...
Catat Ulasan