Ahad, 5 Disember 2010
Gelak Santai: Orang Gila, Filem & Romantik
Orang Gila
Seorang Lelaki menelefon sebuah rumah sakit jiwa dan bertanyakan kepada petugas resepsi adakah pesakit di katil nombor 27 ada.
Petugas tersebut lalu memeriksa dan dengan segera kembali ke telefon memberitahu lelaki tersebut, bahawa katil nombor 27 sememangnya kosong.
"Bagus sekali...!" Kata si lelaki, "... Itu bererti aku sudah betul-betul berjaya melarikan diri."
-----------------------------------------
Filem
Seorang penerbit mahu mengeluarkan sebuah filem paling hebat di dunia. Dalam filem itu diadakan adegan pertempuran yang paling hebat pernah difilemkan.
Penerbit: Saya akan menggunakan dua pasukan tentera... Setiap satu mempunyai 25, 000 orang.
Pengarah: Kalau dua pasukan sudah lima puluh ribu. Macam mana kita nak bayar mereka?
Penerbit: Senang je... Kita gunakan peluru Hidup!
--------------------------------------
Romantik
kamal diundang kawannya untuk makan malam. Mizal si tuan rumah memanggil isterinya dengan panggilan cukup manja... Sayang... Manis... Cintaku dan sayangku tak lekang dari bibirnya.
Kamal memandang Mizal lalu berkata: "Romantis betul kau, walau berpuluh tahun kahwin kau tetap memanggil isterimu dengan panggilan menarik.
Mizal mengangkat bahu dan berbisik:
"Sebenarnya aku selalu lupa namanya sejak tiga tahun kebelakangan ini."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
11 comments:
HAHAHAHa..
bertuah la pesakit jiwa 2...huhu
sengaaaalll!!!
bleyh lak die lupe name bini die
hisk!
hek2 macam2
haha best2
penerbit dgn idea jimat kos..hasil boleh kaut 40 juta tu XD
hahaha memang kelakar, boleh pulak guna peluru idup heee
ok suami mana yg duk panggil nama bini dia dgn syg manja mesti lupa nama bini ni heheheh
mujur juga nama sebenar isterinya bukan Siti Sayang
kalau tidak... semua orang akan panggilnya begitu
hehehe
mujur juga nama sebenar isterinya bukan Siti Sayang
kalau tidak... semua orang akan panggilnya begitu
hehehe
hahaha memang kelakar, boleh pulak guna peluru idup heee
hek2 macam2
Catat Ulasan