Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Isnin, 3 Januari 2011

Banjir Di Kelantan: 8 Buah Sekolah Tidak Dapat Mulakan Sesi Persekolahan

Nampaknya ada sekolah-sekolah di Kelantan yang terpaksa menangguhkan sesi persekolahan yang akan bermula esok (hari ini) kerana banjir masih belum surut serta jalan untuk kesekolah di takungi air. Dibawah ada berita lengkap yang Belalang ambil dari Utusan online.



Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan mengumumkan lapan buah sekolah di seluruh negeri ini belum dapat memulakan sesi persekolahan esok disebabkan banjir.


Pengarah JPN Kelantan, Hussain Awang berkata, lima sekolah terbabit adalah di daerah Rantau Panjang, dua di Tumpat dan sebuah di Gua Musang.


Sekolah-sekolah di Rantau Panjang melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang; Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang; SK Sri Rantau Panjang I; Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJKC) Kay Boon dan SK Lubok Setol.


Di Tumpat, sekolah terlibat adalah SK Bendang Pak Yong dan SK Simpangan.


Sebuah sekolah di Gua Musang adalah SK Bihai iaitu sekolah bagi pelajar Orang Asli.


Hussain berkata, keputusan menangguhkan sesi persekolahan itu dibuat kerana bangunan sekolah terbabit digenangi air atau jalan menuju ke sekolah ditenggelami air menyebabkan terputus hubungan. – Bernama

9 comments:

Unknown berkata... Reply To This Comment

uik~kelantan dah banjir ek.....mendoakan semoga bnjr cpt surut...banjir dah tak menentu sekarang~

gnesop berkata... Reply To This Comment

harap akan reda dengan segera..amin

UNICHI YJ berkata... Reply To This Comment

hihi..bestnya bnjir,tayah g skolah [kekeke]

Epul Azimi berkata... Reply To This Comment

fuh kat kuantan ni pon dh nak start banjir,harap2 tak seteruk utara.aminn.

Zaer!! berkata... Reply To This Comment

Salam bro belalang.Lama tak kesini.Harap2 bro sehat sejahtera k.Tu la,kat kolej zaer ni pon tak tahu leh bukak ke tak.air naik,tapi xdela teruk sangat.

Hujan memang lebat sekitar kelantan ni.Memang susah kalau nk g memana.Tunggu malam pon blom tentu leh kuar.huhu.Tapi takpe.rahmat Allah,tiada ternilai..Terasa sejuk je kat sini.ehehe

Ellen berkata... Reply To This Comment

Kesian plak kat mereka ni, ada tu yang tengah excited nak sekolah..hehe

tehr berkata... Reply To This Comment

banjir sekarang memang dah tak menentu
harap2 mereka tidak diarah untuk mengadakan hari persekolah pada hari sabtu sebagai ganti

tehr berkata... Reply To This Comment

banjir sekarang memang dah tak menentu
harap2 mereka tidak diarah untuk mengadakan hari persekolah pada hari sabtu sebagai ganti

Zaer!! berkata... Reply To This Comment

Salam bro belalang.Lama tak kesini.Harap2 bro sehat sejahtera k.Tu la,kat kolej zaer ni pon tak tahu leh bukak ke tak.air naik,tapi xdela teruk sangat.

Hujan memang lebat sekitar kelantan ni.Memang susah kalau nk g memana.Tunggu malam pon blom tentu leh kuar.huhu.Tapi takpe.rahmat Allah,tiada ternilai..Terasa sejuk je kat sini.ehehe

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com