-------------------------------------------
Polis Belanda menyatakan kematian pramugari Malaysia Airlines (MAS), Chin Swee Len di tempat letak kereta di Radisson Hotel, Amsterdam pagi Jumaat lalu adalah akibat perbuatan jenayah.
Jurucakap Wisma Putra berkata hari ini polis negara itu memberitahu pihak kementerian bahawa buat masa ini belum ada maklumat lanjut berhubung kematian Chin.
Mayat Chin, 34, ditemui pada kira-kira 9 pagi hari berkenaan oleh tetamu hotel dan sebelum itu beliau dipercayai telah diserang dan dicampakkan keluar tingkap dari bilik di tingkat empat hotel tempat beliau menginap.
Biliknya dilaporkan telah dipecah masuk dan digeledah. Beliau dijadualkan berlepas dari Amsterdam ke Malaysia dengan penerbangan MAS MH17 pada hari yang sama iaitu 14 Januari.
Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu maklum balas dari polis Amsterdam berhubung kes berkenaan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail.
Berita Harian Online.
4 comments:
kena campak??dahsyatnya...semoga kematian dia terbela...
Seram gak baa ni...
Jemput keALL IN ONE
murahnya nyawa manusia sekarang ni.huhu
Tak nak bayangkan macam mana terseksa dia time nak mati. Ohh gerun! =.='
Catat Ulasan