Gambar Dari Google
Tentu kita semua kenal dengan wajah pakcik di atas nih kan? Manakan tidak setiap kali puasa dan raya tentu wajah pakcik ni la yang akan muncul di TV seluruh Malaysia memberi tahu tarikh start puasa dan start raya. andai kata tiada wajah pakcik nih, sure tak puasa dan raya la kita. Selagi dia tak timbul menyampaikan perutusan, selagi tu la masing-masing kita suspen menanti hari bermula puasa atau raya.
Pakcik yang Belalang maksudkan itu ialah Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah. Belalang berani jamin la sesiapa berusia hampir sebaya dengan Belalang membesar dengan Engku Ibrahim. Tapi mulai tahun ini kita tidak akan dapat menyaksikan lagi kelibat Engku Ibrahim menyampaikan perutusan puasa atau raya. Ini kerana Engku Ibrahim telah mulai bersara hari ini (07.01.11) dan akan digantikan oleh Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66, yang akan berkuat kuasa pada 10 Januari ini.
Untuk pengetahuan juga Engku Ibrahim, 79, adalah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang paling lama menyandang jawatan itu. Semoga Engku Ibrahim akan sentiasa dilimpahi rahmat dan diingati selalu oleh kita semua.
13 comments:
Ini kerana Engku Ibrahim telah mulai bersara hari ini (07.07.11) <<<<<date tu salah la awak. 07.01.11 baru betul..
Alaa, jumpa Pak Cik baru lah tahun ni puasa dgn raya ;) Moga Engku Ibrahim di berkati. AMIN AMIN!
Tahu tak, KFCM dan Elia kahwin?
konpem pasni akan rindu pakcik engku ni...take care ye pakcik..
thanx for the info belalang...
laaa... lama dah dia berkhidmat kan.. dr aku kecik sampai besar ni... miss him la lepas ni... huhuhu
shafa: thanks...dah d betulkan...
shag: amin...amin...
ciktom: tu la.dah mcm terbiasa dah ngan dia...
beliau sangat dinanti-nantikan terutama nak tahu raya.. memang suspen sgt ayat2 yg dia ungkapkan :)
sedih weih
sepanjang aku membesar aku asyik tgok muka dia jer
pasnih siapa la plak agaknya
P/S : Bersama Hans Menikmati Makanan Western - Chop & Steak
sop: same la kita sop...
hans: generasi akan dtg membesar dgn pengganti dia pulak...hee
diana: emm, feel baru pulak tahun nih...hee
dah boleh masuk hall of fame dah pakcik nih.
selamat bersara kepada beliau dan selamat bertugas kepada yang baru menyandang.
dah boleh masuk hall of fame dah pakcik nih.
selamat bersara kepada beliau dan selamat bertugas kepada yang baru menyandang.
sedih weih
sepanjang aku membesar aku asyik tgok muka dia jer
pasnih siapa la plak agaknya
P/S : Bersama Hans Menikmati Makanan Western - Chop & Steak
Ini kerana Engku Ibrahim telah mulai bersara hari ini (07.07.11) <<<<<date tu salah la awak. 07.01.11 baru betul..
Catat Ulasan